Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kamera Terkecil Di Dunia Ini Sehalus Sebutir Pasir

Kamera Terkecil Di Dunia Ini Sehalus Sebutir Pasir

Diterbitkan Oktober 24, 2019 · Dikemas kini Oktober 24, 2019 oleh ariff bukhari

Kamera tersebut hanya berukuran 0.65 x 0.65 x 1.158mm.

Firma pembangun kamera digital berpangkalan di California, OmniVision Technologies Inc telah menghasilkan kamera yang hanya bersaiz 0.65 x 0.65 x 1.158mm. Sekaligus melayakkannya diisytihar sebagai kamera terkecil di dunia ketika ini oleh Rekod Dunia Guinness.

Sensor kamera tersebut yang hanya bersaiz 0.575 mm x 0.575 mm x 0.232 mm dibangunkan khsusus untuk digunakan dalam bidang perubatan berkeupayaan menghasilkan imej warna RGB Bayer 40,000pixel pada kadar 30fps dan mampu memberikan sudut pandang lebar 120 darjah.

Kamera OmniVision OV6948 ini direka untuk membantu para dokor dalam proses prosedur pembedahan dengan memasukkannya ke dalam saluran darah tubuh manusia bagi melakukan diagnosis.

Sebelum ini, proses pembedahan tidak dapat dilakukan dengan diagnosis yang lebih tepat tanpa adanya kamera tersebut.

Kehadiran teknologi kamera kecil ini dikatan mampu membantu para doktor dalam bidang neurology, ophthalmology, ENT, cardiology, kecederaan tulang belakang, urology, gynecology dan arthroscopy.

Sumber: OmniVision

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
  • Percuma GTA VI Apabila Anda Beli Konsol PS5 Dengan Pelan CelcomDigi One
  • ASUS Lancar Zenbook 14, Vivobook S14 Dan S16 Baharu, Harga Bermula RM4,299
©2026 WISER.MY