Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Qualcomm announces the new Snapdragon 768 5G (2)

Pepijat Dalam Cip Qualcomm Menjejaskan Keselamatan Telefon Pintar Android

Diterbitkan Mei 7, 2021 oleh ariff bukhari

Penyelidik keselamatan telefon pintar dari Check Point Research (CPR)menemukan kecacatan keselamatan dalam cip pemprosesan keluaran Qualcomm yang banyak digunakan dalam pelbagai model telefon pintar Android.

CPR mendakwa, sekiranya kecacatan tersebut dieksploitasi, ia boleh menyebabkan penggodam menceroboh kad sim dengan membuka kunci kad sim tersebut.

Seterusnya menjadikan peranti Android sebagai platfom utama bagi memasukkan kod meragukan dan tidak kelihatan ke dalam peranti penggunanya.

Malah akan membenarkan penggodam mengakses mesej SMS serta mendengar perbualan audio menerusi telefon tersebut.

CPR mendakwa, pelbagai jenama telefon Android popular turut terjejas dengan isu keselamatan ini termasuklah Google, Samsung, LG, Xiaomi dan One Plus.

Berikutan itu, CPR telah memaklumkan kepada Qualcomm tentang isu ini dan Qualcomm telah mengesahkannya.

Untuk pengetahuan anda juga, isu kecacatan dalam cip Qualcomm ini telah diperbetulkan dalam bulan November 2020 lalu menerusi Qualcomm Security Patch.

Sumber: wccftech

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
©2026 WISER.MY