Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Selepas 84 Tahun, Olympus Akhirnya Mengundurkan Diri Dari Dunia Kamera

Selepas 84 Tahun, Olympus Akhirnya Mengundurkan Diri Dari Dunia Kamera

Diterbitkan Julai 4, 2020 · Dikemas kini Julai 4, 2020 oleh ariff bukhari

Olympus pastinya adalah antara jenama yang tidak asing khususnya kepada para peminat tegar bidang fotografi.

Walaubagaimanapun, syarikat yang pernah popular dengan pengeluaran produk peralatan penggambaran ini terpaksa mengundurkan diri daripada bisnes yang pernah menjadi tunjang syarikat tersebut.

Menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Olympus Corporation, mereka secara rasminya mengumumkan pengunduran diri dari dunia perniagaan kamera.

Syarikat Jepun ini yang mula ditubuhkan pada tahun 1919 mula menceburi perniagaan fotografi pada tahun 1936 dengan menjual lensa kamera Zuiko.

Sejak itu, kamera di bawah jenama Olympus telah berkembang dan popular dikalangan peminat tegar fotografi.

Walaubagaimanapun, sejak kemunculan teknologi di kamera telefon pintar, perniagaan kamera Olympus semakin menurun dan akhirnya mereka kini terpaksa mengundurkan diri.

Olympus dalam kenyataan media mereka yang bertajuk “Signing of Memorandum of Understanding for Divestiture of Imaging Business” itu menyatakan bahawa mereka mahu menjual perniagaan kamera mereka kepada Japan Industrial Partners (JIP).

JIP sebelum ini juga pernah mengambil alih perniagaan dari Sony VAIO pada tahun 2014 dahulu.

Perjanjian pengambila alihan oleh JIP dari Olympus dijangka akan dibuat pada 30 September ini.

Namun begitu, walaupun tidak lagi terlibat dalam perniagaan kamera, Olympus Corporation kukuh dalam sektor perniagaan mereka yang lain seperti pengeluaran peralatan untuk perubatan, saintifik dan peralatan industri.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY