Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Windows 11_toms hardware credit

Windows 11 Bakal Ada Ciri Jimat Bateri Tanpa Ubah Kecerahan Skrin

Diterbitkan Julai 15, 2025 oleh Amalina Athman

Microsoft kini sedang menguji satu ciri baharu dalam Windows 11 yang dijangka dapat membantu memanjangkan jangka hayat bateriĀ peranti seperti komputer riba, tablet dan peranti mudah alih lain.

Tidak seperti mod battery saver biasa yang hanya diaktifkan apabila bateri rendah, ciri baharu yang dinamakan adaptive energy saver akan mengaktifkan atau mematikan mod penjimatan tenaga secara automatik tanpa mengubah kecerahan skrin, berdasarkan beban sistem semasa dan keadaan kuasa peranti.

energy saver Windows 11
ciri adaptive energy saver
current energy saver windows 11_
ciri sedia ada

 

Microsoft menjelaskan adaptive energy saver merupakan ciri pilihan (opt-in) dan hanya tersedia pada peranti yang menggunakan bateri. Ini bermakna ia tidak akan ditawarkan untuk desktop PC atau mana-mana peranti tanpa bateri terbina.

Buat masa ini, ciri ini sedang diuji dalam kalangan pengguna program Windows Insider yang berada dalam saluran Canary. Sesetengah pengguna mungkin akan mula melihat ia diaktifkan secara automatik, dengan semakan boleh dilakukan melaluiĀ Settings > System > Power & battery.

Setakat ini, belum ada maklumat lanjut mengenai bila ciri ini akan dilepaskan secara meluas kepada semua pengguna Windows 11.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Pengguna Windows 11 Wajib Pasang 'Extension' Ni Ke Dalam PC
  • macOS vs Windows - Ini Pendapat Saya Selepas Lebih 20 Tahun Guna Mac
  • Guna Windows 10? Bersedia Untuk Hilang Akses Ciri Baharu Microsoft 365 Mulai Ogos 2026

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY