Baru-baru ini telah dilaporkan bahawa sistem operasi Windows kehilangan sekitar 400 ribu pengunanya hanya dalam tempoh 3 tahun sahaja.
Walau bagaimanapun, penguasaan Windows dalam pasaran sistem operasi komputer adalah masih tinggi iaitu sebanyak 70%.
Ia jauh meninggalkan sistem operasi lain, khususnya sistem operasi macOS dari Apple yang hanya menguasai sebanyak 15.39% (meliputi versi OS X terdahulu 9.91%+ macOS terkini 5.48% ).
Sejak dahulu lagi, pengguna komputer terbahagi kepada 2 “mazhab” utama iaitu PC dipacu Windows dan Macintosh aka Mac.
Perdebatan antara 2 pengguna ini bukanlah sesuatu yang baru dengan satu kenyataan yang keras iaitu macOS lebih baik dalam pelbagai aspek.
Pernyataan itu mungkin terlebih ‘claim‘, tapi yang pastinya macOS adalah lebih baik daripada Windows dari beberapa aspek.
Kemas kini macOS jauh lebih baik
Tidak dapat dinafikan bahawa macOS sebagai sistem operasi yang sangat stabil.
Dibangunkan Apple secara khusus untuk komputer Macintosh, jadi kombinasi keserasian antara perisian dan perkakasan menjadikannya hampir sempurna.
Pengguna Mac sangat jarang berdepan dengan isu pepijat yang mengganggu kestabilan macOS mereka daripada berfungsi dengan lancar atau isu keserasian sambungan dengan peranti luar yang lain seperti mesin pencetak.
Sebaliknya, ini berbeza dengan pengguna Windows yang sering melaporkan isu pepijat apabila PC mereka dikemas kini kepada versi Windows terbaru yang dilepaskan Microsoft.
Ini ekoran daripada isu keserasian firmware iaitu perisian untuk perkakasan yang perlu berfungsi dengan baik dengan ribuan jenis konfigurasi model laptop dan desktop daripada pelbagai jenama yang menjalankan sistem Windows.
Jadi, tidak hairanlah setiap kali Microsoft melepaskan kemas kini kepada pengguna Windows, akan timbul aduan oleh pengguna PC isu berkaitan Windows crash, peranti luar seperti pencetak tidak dapat disambungkan, Wi-Fi tidak berfungsi, prestasi kad grafik menurun serta isu pepijat keselamatan.

macOS kukuh tapi tidak kebal
Keselamatan macOS juga jadi kelebihan utama namun ia tidaklah kebal sepenuhnya.
Tapi disebabkan oleh ekosistem Apple yang lebih tertutup terhadap sistem dan aplikasi, risiko penggna Mac berdepan isu serangan virus atau malware adalah jauh lebih rendah berbanding Windows.
Malah, sehingga kini sebahagian besar pengguna Mac tetap yakin pada macOS dengan tidak memasang pun perisian antivirus tambahan ke dalam Mac mereka, walaupun ia digalakkan.
Apabila diingat kembali, terdapat iklan Apple yang sangat popular iaitu Mac vs PC yang mengutarakan isu keselamatan sistem Mac ini
Walaupun iklan-iklan ini sudah hampir berusia 20 tahun, tapi ia sangat menarik ditonton semula kerana ia secara kreatif, ringkas dan jelas menerangkan betapa selamatnya sistem Mac berbanding Windows.
Banyak lagi yang jadikan macOS jauh lebih baik dari Windows
Sebenarnya terdapat banyak lagi fakta yang menjadikan macOS jauh lebih baik dari Windows.
Belum lagi dibincangkan tentang ciri ekosistem Apple yang menjadikan keserasian Mac bersama barisan produk Apple yang lain meliputi iPhone, iPad dan Apple Watch berfungsi dengan sangat lancar.

Malah macOS juga tersedia dengan aplikasi terbina yang sangat efisien dan berkuasa untuk pelbagai tugas.
Dari menyunting gambar dengan aplikasi Preview, membuat nota dengan Notes, perisian pejabat (iWork) sehinggalah suntingan video berkuasa dengan iMovie, semuanya tersedia tanpa perlu pun memuat turun aplikasi pihak ketiga.
Tapi itulah, walaupun dengan semua kelebihan ini, Windows masih menjadi pilihan pengguna. Rata-rata yang memilih PC berbanding Mac pula memberi alasan, macOS susah nak guna dan limitasi perisian.
Satu lagi yang sering dijadikan alasan adalah persepsi pengguna bahawa komputer Apple lebih mahal berbanding PC, walhal alasan itu sudah tidak lagi releven.

Kesimpulannya, kenyataan “macOS lebih baik daripada Windows” bukanlah sembang kosong.
Ia disokong oleh pengalaman sebenar pengguna yang menghargai kestabilan, rekaan premium dan kecekapan ekosistem Apple sejak dahulu lagi.
Walau apa pun, pilihan tetap bergantung pada keperluan dan gaya kerja masing-masing. Kalau anda mahukan pengalaman sistem yang lebih lancar, selamat dan ‘tak menyusahkan’, macOS adalah pilihan yang sangat disyorkan.
Tetapi, jika fleksibiliti dan masih menganggap Mac sebagai masih mahal, PC Windows yang lebih banyak ditawarkan dalam pelbagai model, jenama serta spesifikasi pada pilihan harga yang lebih banyak mengikut bajet adalah lebih sesuai untuk anda.
{suggest}