Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft Build annual developers conference

Windows 11 25H2 Kini Ditawarkan, Tiada Ciri Baru Tapi Ada Isu

Diterbitkan Oktober 3, 2025 · Dikemas kini Oktober 3, 2025 oleh ariff bukhari

Microsoft telah melancarkan kemas kini baru menerusi Windows 11 versi 25H2 yang ditawarkan secara berperingkat.

Namun pengguna dinasihatkan berhati-hati kerana terdapat dua isu utama yang telah dikenal pasti berpunca daripada kemas kini ini.

Isu pertama melibatkan beberapa aplikasi BluRay, DVD dan TV digital gagal memainkan kandungan yang dilindungi DRM.

Ini menyebabkan skrin menjadi hitam, gangguan audio, atau aplikasi terhenti.

Malah, masalah ini turut menjejaskan versi 24H2 dan belum ada penyelesaian rasmi dari pihak Microsoft.

Screenshot 2025-10-03 161801
Kemas kini Windows 11 versi 24H2.

Isu kedua pula berkaitan dengan pemasangan kemas kini menggunakan Windows Update Standalone Installer (WUSA) dari folder rangkaian yang mungkin gagal jika terdapat banyak fail .msu, menyebabkan ralat ERROR_BAD_PATHNAME akan muncul.

Ekoran itu, Microsoft mencadangkan pengguna menyalin fail ke folder tempatan sebelum memasangnya.

Buat masa ini, tiada ciri baharu diperkenalkan dalam versi ini. Namun, Microsoft akan terus mengemas kini senarai isu dari semasa ke semasa.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • 'Power Bank' Pertama Guna Teknologi EV Tiba Di Malaysia
  • Semua Harga Pelan Spotify Premium Di Malaysia Kini Naik RM1 Hingga RM3

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY