Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screen Shot 2018-10-16 at 12.25.58 PM

Winamp Akan Buat Kemunculan Semula Tahun Hadapan

Diterbitkan Oktober 16, 2018 · Dikemas kini Oktober 16, 2018 oleh Helmi Samsuri

Cukup popular sekitar 90’an, pemain muzik Winamp dilaporkan akan buat kemumculan pada tahun hadapan.

Winamp telah dibeli pada 2014 lalu oleh Radionomy, dan CEO syarikat tersebut percaya mereka mampu bersaing dengan Apple Music, Spotify dan beberapa penstriman lain.

Memetik laporan dari Tech Crunch, Alexandre Saboundjian, CEO Radionomy telah menyatakan versi baru yang meneruskan legasi Winamp akan hadir tahun hadapan. Ia juga menjanjikan pengalaman mendengar yang lebih baik.

Tiada perincian bagaimanan versi baru itu akan tampil tetapi rancangan awal adalah mengemaskini kedua-dua platform; komputer dan mudah alih menjadi satu, serta pengalaman carian untuk semua audio daripada pelbagai sumber.

Berita lain mengenai Winamp untuk desktop akan dikemaskini  dari 5.666 kepada 5.8 akan ditawarkan 18 Oktober ini.

Sumber: Tech Crunch

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY