Wiko 10 Dipasarkan Pada Harga RM699, Kamera 50MP

Wiko Malaysia membawakan model baharu untuk pasaran Malaysia iaitu Wiko 10 yang berharga RM699.

Ia dijana cip MediaTek Helio G37, mempunyai konfigurasi RAM dan storan 4/64GB dan 6/128GB serta menyokong kad memori sebesar 512GB.

wiko10

Bateri dimuatkan pula berkapasiti 5000mAh dan menyokong pengecasan WIKO SuperCharge setinggi 22.5W.

Untuk kamera pula, 3 lensa di belakang terdiri daripada sensor 50MP (Samsung JN1), 2MP untuk kedalaman serta 2MP makro.



Kamera swafoto pula ialah 8MP yang menyokong rakaman video sehingga 1080p 30fps.

Bercakap soal paparan, Wiko 10 tampil dengan paparan IPS LCD bersaiz 6.7" berkadar segar 60Hz dengan kemampatan piksel PPI 260.

wiko10

Resolusinya pula ialah HD+ iaitu 720x1600. Keluar dari kotak, ia menjalankan sistem operasi Android 12.

Telefon ini boleh dimuatkan 2 sim sekaligus tetapi tidak menyokong 5G, sesuai dengan harganya. Ia tersedia dalam 3 warna iaitu biru, hitam dan perak.

{suggest}

Wiko 10 mula dijual bermula 7 Oktober 2022.

Buat masa terhad 12AM-9AM hari tersebut, ia mempunyai promosi pada harga RM649 dengan headphone percuma. Klik SINI untuk beli di Shopee.

Untuk spesifikasi dan maklumat lanjut, anda boleh layari laman web Wiko seperti dipautkan di bawah.

Sumber: Wiko