Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Voice Note

Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Hantar ‘Voice Note’ Untuk Sekali Dengar

Diterbitkan Oktober 19, 2023 · Dikemas kini Disember 5, 2023 oleh Amalina Athman

Bagi meningkatkan privasi, WhatsApp kini memperkenal ciri baharu yang membolehkan pengguna menghantar voice note atau nota suara dengan mod ‘view once’ atau sekali dengar.

Ciri ini telah pun mula tersedia untuk beberapa penguji beta yang memasang versi terkini WhatsApp beta untuk Android daripada Google Play Store dan iOS melalui aplikasi TestFlight.

Berkaitan

  • 'Voice Note' Di Status WhatsApp? Ia Sedang Diuji
  • Cara Pindahkan Perbualan Di WhatsApp Tanpa 'Back Up'
  • WhatsApp Kini Hadir Dengan Sokongan Passkeys Untuk Pengguna Android
  • WhatsApp Tidak Lagi Sokong Versi Android dan iOS Terdahulu Selepas 24 Oktober 2023

Menerusi perkongsian WABetaInfo, ikon ‘view once‘ akan tersedia ketika merakam suara. Apabila ikon tersebut ditekan, nota suara akan ditetapkan dalam mod tersebut. Setelah dihantar, pengguna juga tidak boleh memainkannya semula.

Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Hantar ‘Voice Note’ Untuk Sekali Dengar

Bagi penerima pula, nota suara yang diterima hanya boleh dimainkan sekali sahaja. Sebagai tambahan, penerima juga tidak boleh mengeksport, memajukan (forward), menyimpan dan merakamnya.

Ia seakan sama dengan mod view once untuk video dan gambar sebelum ini, yang tidak membenarkan pengguna melakukan tangkap layar, rakam dan sebagainya.

Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Hantar ‘Voice Note’ Untuk Sekali Dengar

Dengan ciri ini, ia dapat meminimumkan peluang akses tanpa kebenaran, terutamanya melibatkan maklumat sensitif dan sulit. Sekali gus memberikan pengguna lebih kawalan dan privasi tambahan apabila menghantar nota suara.

Buat masa ini, ciri nota suara dengan view once hanya tersedia untuk sebilangan penguji beta. Ia dijangka akan tersedia kepada lebih ramai pengguna tidak lama lagi.

Sumber: WABetaInfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY