Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
whatsapp dua phone

WhatsApp Sedang Cuba Pemindahan ‘Chat’ Tanpa Google Drive, Lebih Senang Tukar Telefon Lepas Ini

Diterbitkan Januari 18, 2023 · Dikemas kini Januari 18, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Untuk Android, WhatsApp menyimpan data anda seperti sandaran (backup) ke Google Drive. Oleh itu, anda perlu paut dan jangan lupa kata laluan akaun Google anda.

Berita baik, WhatsApp kini menguji pemindahan data ke telefon baharu tanpa Google Drive. Tapi, ia terhad antara telefon Android saja mengikut perkongsian.

pindah chat whatsapp tanpa gdrive (1)

Jadi, macam mana telefon baru dan lama berhubung kalau tidak menerusi akaun Google?

Jawapannya ialah kod QR.

WhatsApp pada telefon baharu kelak akan paparkan sebuah kod QR untuk diimbas telefon lama.

pindah chat whatsapp tanpa gdrive (2)

Proses pemindahan data kemudian berlaku selepas imbasan dan pengesahan dilakukan. Sangat mudah, kan?

Tidak dapat dipastikan bilakah WhatsApp akan bawakan ciri ini pada semua pengguna namun pastinya menjadi berita paling besar bila rasmi nanti.

Berkaitan

  • Ini Cara Cipta Avatar Di WhatsApp
  • WhatsApp Kata 2022 Ialah Tahun Inovasi Terbesar Mereka, Ini 23 Ciri Baharu Telah Diperkenal
  • WhatsApp Dilapor Bangunkan Ciri Baharu, Pindah 'Chat' Akan Jadi Lebih Mudah
  • Cara Melihat Sekiranya Aplikasi Whatsapp Telah Diceroboh Pada Android
  • 5 Ciri Baharu WhatsApp Ini Patut Anda Aktifkan Tahun Ini

Secara peribadi, saya jangkakan paling awal pun sekitar Jun ini kerana ia melibatkan keselamatan data di mana banyak perkara perlu dipastikan stabil dan ‘kebal’ terlebih dahulu.

Sumber: WABetaInfo

Gambar utama: Aytac Unal

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Tawar 60,000 Pekerja Mereka Berhenti Sukarela Sambil Berbelanja Besar Pada AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
©2026 WISER.MY