Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp lock chat_3

Bakal Hadir Di WhatsApp, Ini Rupa Ciri “Lock” Perbualan Tertentu

Diterbitkan April 27, 2023 oleh Amalina Athman

Pada awal bulan ini, WhatsApp dilapor sedang membangunkan ciri baharu yang membolehkan pengguna mengunci perbualan tertentu. Terbaharu, ciri itu telah pun mula dilepaskan kepada sebilangan pengguna WhatsApp Beta versi 2.23.9.14.

Berkaitan

  • WhatsApp Uji Ciri Baharu, Pengguna Boleh 'Lock' Dan Sembunyi Perbualan Tertentu
  • WhatsApp Menguji Ciri Baharu Iaitu "Video Message", Ini Beza Dengan Video Sekarang
  • WhatsApp Perkenal Ciri Pengesahan Baharu Untuk Tukar Akaun Ke Peranti Lain
  • Rasmi, Pengguna WhatsApp Kini Boleh Pautkan Satu Akaun Pada Empat Telefon

Melalui perkongsian WABetaInfo, ia memperlihatkan rupa terperinci bagi ciri “Locked Chats”. Apabila ciri ini diaktifkan, terdapat satu bahagian yang akan muncul dalam senarai perbualan, di mana ianya hanya boleh dibuka menggunakan pengesahan biometrik seperti imbasan cap jari.

Bakal Hadir Di WhatsApp, Ini Rupa Ciri “Lock” Perbualan Tertentu

Sebagai lapisan privasi tambahan, ciri ini turut memastikan bahawa fail media seperti foto dan video yang dihantar dalam perbualan berkunci tidak disimpan secara automatik ke galeri peranti.

Buat masa ini, ciri tersebut hanya tersedia kepada sebilangan pengguna WhatsApp Beta versi Android dan dijangka akan dilepaskan kepada lebih banyak pengguna dalam beberapa minggu akan datang.

Sumber: WABetaInfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY