Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Galeri Telefon Anda Dipenuhi Dengan Gambar Dan Video Dari WhatsApp? Ini Cara Untuk Sembunyikannya

WhatsApp Kini Hadkan Mesej ‘Forward’ Tular Kepada Hanya Seorang Pengguna Sahaja

Diterbitkan April 7, 2020 oleh Meor Hasyim

Jika sebelum ini mesej yang dimajukan kepada orang lain adalah tersangat mudah. Ini adalah kenapa WhatsApp meletakkan label ‘Forwarded Message’ kepada mesej yang dimajukan bererti ia bukannya datang dari pengguna tersebut. Terkini, pihak WhatsApp mengetatkan lagi jumlah mesej yang boleh dimajukan kepada orang lain.

Jadi selepas ini, jika WhatsApp mendapati sesuatu mesej itu tular kerana sudah dimajukan kepada ramai orang, pengguna seterusnya hanya boleh memajukan mesej tersebut kepada seorang pengguna lain sahaja. Sudah tentu tindakan ini dilakukan untuk mengurangkan kadar merebak mesej-mesej yang adakalanya tidak bermanfaat, menimbulkan kekeliruan ataupun panik yang palsu.

Ditambah lagi dengan apa yang terjadi pada waktu ini (Covid-19), ia adalah sangat-sangat membantu kerana sebelum ini mesej sangat mudah dimajukan kepada orang ramai. Namun begitu, kami berharap agar WhatsApp meniru fungsi Telegram yang menjejak balik mesej tular ke pengguna asal. Ia lebih meningkatkan tahap integriti pengguna itu sendiri dan lebih mudah untuk mencari siapa yang bertanggung jawab terhadap penyebaran sesuatu maklumat itu.

Sumber: TheNextWeb

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY