WhatsApp telah menyaksikan sejumlah perubahan pada rekaannya, dengan perubahan besar terakhir berlaku pada 2021. Kini, aplikasi pemesejan itu sekali lagi menerima ‘wajah’ baharu yang kelihatan lebih segar, moden serta mudah diakses dan digunakan.
Walaupun beberapa perubahan telah dilancarkan untuk aplikasi iOS dan Android, terdapat juga beberapa perubahan lain.
Bagi pengguna iOS, perubahan ketara dapat dilihat pada skema warna WhatsApp. Sebagai contoh, pengguna akan melihat perubahan warna daripada biru kepada hijau di bahagian ikon, butang, bilangan perbualan belum dibaca, status dan lain-lain.
we’re rolling out design updates to give WhatsApp a fresh new look, while keeping it familiar + easy to use 🤩 here are some ways it’s changing ⬇️
• updated layout and icons that that help you find what you need faster
• new illustrations with added animation to… pic.twitter.com/pFu0cfxpWY
— WhatsApp (@WhatsApp) May 9, 2024
Sementara perubahan untuk Android termasuk mod gelap (dark mode) yang menjadi lebih gelap bagi memastikan teks lebih mudah dibaca dan mod terang (light mode) dengan lebih banyak ruang putih.
Selain itu, penggunaan warna hijau kini lebih sepadan dengan warna jenama WhatsApp. Sesetengah ikon dan butang juga mungkin berbeza, termasuk bentuk dan warna.

Untuk menjadikannya lebih mudah diakses, tab kini dialihkan ke bahagian bawah berbanding sebelumnya di bahagian atas skrin.

Perlu diingatkan, perubahan ini dilancarkan secara berperingkat dan mungkin belum tersedia kepada semua pengguna.
