Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp_featured image a

WhatsApp Kelak Bolehkan Pengguna Tukar Warna Tema Aplikasi

Diterbitkan Januari 9, 2024 oleh Amalina Athman

Sebelum ini, WhatsApp telah menguji antara muka baharu dengan warna dan ikon baharu. Melaluinya, ia dikemas kini dengan warna hijau baharu, menjadikan sebilangan penguji beta kurang selesa dan lebih memilih warna biru yang lama.

Terbaharu, WhatsApp dilapor sedang membangunkan ciri yang membolehkan pengguna memilih warna tema bagi aplikasi pemesejan itu.

Berkaitan

  • Akhirnya, WhatsApp Kini Mudahkan Pengguna iPhone Hantar Gambar, Video Sebagai Dokumen
  • Satu Lagi Ciri Seperti Telegram Kini Tersedia Di WhatsApp
  • Pengguna WhatsApp Bakal Dapat Kongsi Audio Muzik Semasa Panggilan Video

Menurut WABetaInfo, WhatsApp menyediakan lima warna berbeza, membolehkan pengguna mencuba dan mencari warna yang sesuai dengan pilihan mereka.

Sebagai tambahan, ia juga berpotensi meningkatkan kebolehcapaian serta lebih mesra pengguna, terutamanya bagi individu yang mempunyai masalah penglihatan.

Selain membolehkan pengguna menukar warna tema aplikasi, WhatsApp juga sedang menguji ciri menukar warna notification bubble.

WhatsApp_WABetaInfo 3

Untuk menguji ciri ini,pengguna boleh menetapkannya melalui “Appearance” selepas memasang versi terbaharu WhatsApp beta untuk iOS daripada aplikasi TestFlight.

Appearance WhatsApp_WABetaInfo

Tetapi perlu diingatkan, ia masih dalam pembangunan dan berkemungkinan belum berfungsi sepenuhnya.

Buat masa ini, kedua-dua ciri berkenaan masih dalam pembangunan dan dijangka tersedia dalam kemas kini akan datang.

Sumber: WABetaInfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Liputan ULTRA5G U Mobile Kini Menjangkau Kira-Kira 2.3 Juta Penduduk Di Sabah
  • Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Dalam Ranking AnTuTu Setakat Oktober 2026
  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
  • Ladang Angin Seluas Singapura Kini Salur Elektrik Ke Vietnam
  • Google Perkenal Ikon Baharu Untuk Messages, Phone Dan Contacts
  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
  • Serangan Siber Ganggu Sistem Penyejukan Pasar Raya Di Sembilan Negara Eropah
©2026 WISER.MY