Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
phone marah

WhatsApp Juara Aduan Kandungan, Paling Banyak Dilaporkan Tahun 2022

Diterbitkan Januari 31, 2023 oleh ariff bukhari

Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Forum Kandungan) memaklumkan bahawa pihak mereka telah menerima sebanyak 734 kes yang diadukan kepada Biro Aduan pada tahun 2022 lepas.

Sebahagian besar kes yang diterima pula adalah berkaitan dengan kandungan internet mahupun media sosial iaitu sebanyak 518 kes.

Ia merupakan 71% daripada jumlah keseluruhan kes yang diterima oleh Biro Aduan sehingga 31 Disember 2022 yang lalu.

Malah Biro Aduan turut mendedahkan terdapat peningkatan terhadap kes media baharu yang diterima iaitu sebanyak 412 kes berbanding pada 2021 dahulu.

Berikut adalah pecahan kes media sosial bagi setiap platform:

  1. WhatsApp – 204 kes
  2. Facebook – 130 kes
  3. Instagram – 68 kes
  4. TikTok – 13 kes
  5. Twitter – 6 kes

Infografik forum kandungan

Aduan yang diterima pula terdiri daripada buli siber, penyalahgunaan maklumat peribadi, ‘Love Scams’ dan hantaran yang menyinggung agama; juga beberapa laporan yang berkaitan dengan pelbagai isu yang tular sepanjang tahun lalu.

Forum Kandungan menasihatkan pengadu untuk terlebih dahulu membuat laporan terus kepada pentadbir setiap platform dengan menggunakan saluran yang telah disediakan oleh platform tersebut.

Tetapi jika aduan yang dibuat tidak ditangani, aduan boleh dibuat kepada Forum Kandungan di https://contentforum.my/make-a-complaint atau kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di https://aduan.skmm.gov.my .

Sementara bagi aduan yang bersifat jenayah pula, pengadu akan dinasihatkan untuk melaporkan terus kepada pihak berkuasa yang berkaitan. Sebagai contoh, bagi kes yang berkaitan dengan penipuan, mereka akan dirujuk kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Pusat Respons Scam Penipuan Kebangsaan (NSRC).

Kes yang berkaitan dengan kandungan yang melibatkan perkauman, agama dan Institusi Diraja akan ditangani oleh MCMC dan disiasat di bawah undang-undang yang berkaitan termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Berkaitan

  • Cepat Muat Turun 2 'Game' Berharga Lebih RM50 Ini Secara Percuma
  • Kononnya Menjana Duit, Lebih 20 Juta Pengguna Android Terpedaya Dengan 4 Aplikasi Ini
  • JD Sports Dilapor Digodam, 10 Juta Data Pelanggan Terkesan

Sumber: Media Forum Kandungan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY