Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
malware android

Kononnya Menjana Duit, Lebih 20 Juta Pengguna Android Terpedaya Dengan 4 Aplikasi Ini

Diterbitkan Januari 31, 2023 oleh ariff bukhari

Penyelidik keselamatan dari Dr. Web melaporkan penemuan sebanyak 3 aplikasi Android yang didapati menipu pengguna kononnya menerusi aplikasi itu boleh menjana duit.

Aplikasi palsu ini mendakwa pengguna boleh menjana wang dengan menyelesaikan pelbagai tugas.

Salah satunya adalah aplikasi “Wonder Time“, yang menawarkan ganjaran maya yang didakwa boleh ditukar kepada wang sebenar.

Kononnya Menjana Duit, Lebih 20 Juta Pengguna Android Terpedaya Dengan 4 Aplikasi Ini
Beratus ribu pengguna Android telah terpedaya dengan aplikasi palsu ini.

Dr. Web menjelaskan, pengguna terpaksa mengumpul berjuta-juta ganjaran ini, tetapi hanya sebilangan kecil token sahaja akan dikreditkan apabila tugasan selesai.

Jadi, walaupun pengguna berjaya mengumpul jumlah yang banyak, mereka akan membelanjakan lebih banyak masa, usaha dan sumber lain daripada keuntungan yang mereka sangka akan perolehi.

Aplikasi lain yang turut menyerupai “Wonder Time” adalah “Lucky Habit: health tracker”, “WalkingJoy” dan “Lucky Step-Walking Tracker” yang mana ia telah dimuat turun lebih 20 juta kali keseluruhannya.

Kononnya Menjana Duit, Lebih 20 Juta Pengguna Android Terpedaya Dengan 4 Aplikasi Ini

Dari semakan terkini yang dibuat, 2 daripada aplikasi yang dinyatakan di atas masih ditawarkan di Google Play Store.

Jadi sekiranya anda ada memasang aplikasi-aplikasi tersebut, sila buangnya dengan segera dari peranti anda.

Berkaitan

  • Jadi 'Fenomena', Baidu Juga Dilapor Mahu Lancar Aplikasi Seakan ChatGPT
  • POCO X5 Pro 5G Dan X5 5G Akan Dilancar Pada Minggu Depan
  • Twitter Dilapor Mahu Bangunkan Platform Pembayaran Sendiri

Sumber: Dr.Web

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY