Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Foto oleh Amsyar

WhatsApp Beri Amaran Kepada 200 Pengguna iPhone, Aplikasi Palsu Dikesan Ada ‘Spyware’

Diterbitkan April 3, 2026 oleh Amsyar Latif

WhatsApp telah mengeluarkan amaran keselamatan kepada kira-kira 200 pengguna iPhone yang dikesan memasang aplikasi WhatsApp palsu yang mengandungi perisian intipan (spyware).

Perisian berbahaya itu dikenal pasti sebagai Spyrtacus, produk keluaran firma pengawasan Itali, SIO (melalui anak syarikat ASIGINT), yang sengaja mencipta aplikasi tiruan tersebut untuk memerangkap pengguna.

Berdasarkan laporan Techcrunch, majoriti mangsa yang terlibat berada di Itali, di mana mereka terpedaya melalui taktik social engineering untuk memuat turun aplikasi tersebut dari luar App Store rasmi Apple.

WhatsApp Beri Amaran Kepada 200 Pengguna iPhone, Aplikasi Palsu Dikesan Ada ‘Spyware’
Foto: WhatsApp via Techcrunch

Sebagai langkah perlindungan, WhatsApp telah log keluar akaun mangsa secara automatik, memberi amaran tentang risiko privasi dan keselamatan, serta menggesa mereka memadamkan aplikasi palsu itu serta-merta dan memuat turun aplikasi WhatsApp rasmi.

Pihak WhatsApp turut menyatakan komitmen untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap firma SIO bagi menghentikan aktiviti tersebut.

Insiden ini membuktikan bahawa taktik menggunakan aplikasi tiruan masih menjadi alat utama bagi pengawasan digital, dan pengguna diingatkan supaya hanya memuat turun aplikasi rasmi daripada App Store atau Google Play Store bagi menjamin keselamatan data peribadi.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • WhatsApp Kini Hadir Dengan Sejumlah Ciri Baharu
  • WhatsApp Mula Papar Gambar Dari 'Contacts' Jika Profil Kosong

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY