Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
whatsApp featured image_medium

WhatsApp Bangunkan Ciri Baharu Untuk Reaksi Mesej

Diterbitkan Mei 22, 2025 · Dikemas kini Mei 22, 2025 oleh Amalina Athman

WhatsApp kini sedang membangunkan satu ciri baharu yang membolehkan pengguna memberi reaksi pada mesej dan media menggunakan pelekat (sticker).

Sama seperti sebelum ini, ruang reaksi masih akan memaparkan set emoji default bersama emoji yang digunakan baru-baru ini. Tapi yang menariknya, ia kelak akan menunjukkan pelekat terkini yang digunakan pada ruang reaksi yang sama.

WhatsApp Bangunkan Ciri Baharu Untuk Reaksi Mesej

Menurut WABetaInfo, ciri baharu ini tidak terhad kepada hanya pelekat yang dicadangkan atau yang digunakan baru-baru ini sahaja.

Sebaliknya, pengguna boleh mengakses semua jenis pelekat yang tersedia, termasuk yang dimuat turun dari WhatsApp Sticker Store atau yang pernah disimpan sebelum ini. Lebih menarik, pelekat animasi juga boleh digunakan sebagai reaksi pada mesej dan media.

Dengan ciri ini kelak, reaksi akan menjadi lebih ‘hidup’, berbanding sekadar menggunakan emoji default di papan kekunci.

Buat masa ini, ciri memberikan reaksi pada mesej dan media menggunakan pelekat masih lagi dalam pembangunan. Seperti biasa, ia dijangka akan tersedia dalam kemas kini akan datang.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • WhatsApp Uji Ciri Buat ‘Group’ Kosong, Tambah Ahli Kemudian
  • Seakan Instagram, Pengguna WhatsApp Kini Boleh Cuba Ciri Pelekat Baharu
  • WhatsApp Bakal Perkenal Pilihan Untuk Kongsi Semula Status

Sumber: WABetaInfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY