Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2025-06-10 at 3.18.12 AM

watchOS 26 Perkenal Jurulatih Maya Dengan Suara Fitness+

Diterbitkan Jun 10, 2025 · Dikemas kini Jun 10, 2025 oleh Amsyar Latif

Dalam watchOS 26, Apple memperkenalkan ciri baharu yang dinamakan Workout Buddy, yang membawa keupayaan Apple Intelligence ke dalam pengalaman senaman di Apple Watch buat kali pertama.

Ciri ini menggunakan data senaman masa nyata dan sejarah kecergasan pengguna seperti kadar degupan jantung, kelajuan, jarak, dan Activity Rings untuk memberikan maklum balas motivasi secara peribadi semasa bersenam.

Workout Buddy juga menggunakan model teks-ke-ucapan khas untuk menyampaikan maklum balas ini dalam bentuk audio menggunakan suara jurulatih daripada Fitness+.

Semua pemprosesan dilakukan secara peribadi dan selamat melalui Apple Intelligence.

Screenshot 2025-06-10 at 3.16.58 AM

Untuk menggunakan ciri ini, pengguna perlu mempunyai fon kepala Bluetooth dan iPhone yang menyokong Apple Intelligence. Ia menyokong pelbagai jenis senaman popular termasuk larian dan berjalan dalam atau luar, berbasikal luar, HIIT, serta latihan kekuatan.

Screenshot 2025-06-10 at 1.49.42 AM

Walau bagaimanapun, Apple mengatakan yang Workout Buddy tersedia dalam bahasa Inggeris terlebih dahulu.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Rasmi, Ini Senarai Penuh iPhone Terima Sokongan iOS 26
  • macOS Tahoe Diumumkan, Bawa Lebih Banyak Ciri iOS Ke macOS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Kapal Angkasa Apeiron, Bakal Bawa Pelancong Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
©2026 WISER.MY