Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
watchOS 10 1

watchOS 10 Perkenal Rekaan Baru Pada Paparan Apple Watch Dan Pelbagai Ciri Baru

Diterbitkan Jun 6, 2023 · Dikemas kini Jun 6, 2023 oleh ariff bukhari

Untuk sistem operasi jam pintar mereka iaitu Apple Watch, Apple mengumumkan watchOS 10dengan memuatkan rekaan antaramuka baharu.

Antaranya adalah rekaan semula pada paparan Activity, paparan waktu jam dunia dan watch face Snoopy baharu.

watchOS 10

 

Apple Watch menerusi watchOS 10 juga kini menyokong Cycling untuk Workout di mana ia kini boleh disambungkan pada Bluetooth yang terdapat pada sensor basikal.

Paparan Aktiviti berbasikal juga membolehkan anda melihat Aktiviti Langsung (Live Activity)pada iPhone supaya anda boleh memasang telefon anda dan menggunakannya sebagai paparan.

Tidak setakat itu, Apple Watch menerima sambungan selular baru yang akan memberitahu anda lokasi terakhir anda mempunyai sambungan selular dan di mana pada laluan anda yang membolehkan anda boleh membuat panggilan kecemasan dengan mana-mana perkhidmatan.

Ciri tersebut merupakan kemas kini baharu pada Workouts for Hiking.

Screenshot 2023-06-06 021956

watchOS 10 versi beta sudah tersedia untuk pembangun bermula hari ini.

Sementara versi public beta pula akan tersedia dalam bulan Julai nanti dan versi stabil untuk semua pengguna hanya akan tersedia ditawarkan dalam bulan September nanti.

Berkaitan

  • Apple Vision Pro - Cip M2, Paparan 23 Juta Piksel Dengan Harga ~RM16,000
  • Ini Senarai Model iPhone Yang Akan Terima Kemas Kini iOS 17
  • Pengguna Produk Apple Kini Lebih Selamat Dengan Pengenalan Pelbagai Ciri Privasi Dan Keselamatan Baharu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Dalam Ranking AnTuTu Setakat Oktober 2026
  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
  • Ladang Angin Seluas Singapura Kini Salur Elektrik Ke Vietnam
  • Google Perkenal Ikon Baharu Untuk Messages, Phone Dan Contacts
  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
  • Serangan Siber Ganggu Sistem Penyejukan Pasar Raya Di Sembilan Negara Eropah
  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
©2026 WISER.MY