Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iOS 17_6

Ini Senarai Model iPhone Yang Akan Terima Kemas Kini iOS 17

Diterbitkan Jun 6, 2023 · Dikemas kini September 19, 2023 oleh Amalina Athman

Apple baru sahaja mengumumkan iOS 17 dengan sejumlah naik taraf dan ciri baharu. Antaranya termasuk mod StandBy, Live Sticker, aplikasi Journal, NameDrop dan sebagainya.

Berkaitan

  • Rasmi, Ini Antara Yang Diumumkan Dalam iOS 17
  • iPadOS 17 - 'Lock Screen' Seperti iPhone, Health Dan Widget Interaktif
  • watchOS 10 Perkenal Rekaan Baru Pada Paparan Apple Watch Dan Pelbagai Ciri Baru

Namun, pastinya ramai tertanya model iPhone yang akan menerima sokongan sistem operasi baharu ini kelak. Menurut Apple, iOS 17 akan menyokong iPhone XS dan terbaharu.

Berikut adalah senarai penuh:

  • iPhone XS dan XS Max
  • iPhone XR
  • iPhone 11
  • iPhone 11 Pro dan Pro Max
  • iPhone 12 dan 12 mini
  • iPhone 12 Pro dan Pro Max
  • iPhone 13 dan 13 mini
  • iPhone 13 Pro dan Pro Max
  • iPhone 14 dan 14 Plus
  • iPhone 14 Pro dan Pro Max
  • iPhone 15 dan 15 Plus
  • iPhone 15 Pro dan Pro Max
  • iPhone SE (generasi kedua dan ketiga)

Dengan senarai ini, ia sekali gus menjawab teka-teki bahawa iPhone X, iPhone 8 Plus, iPhone 8 dan terdahulu tidak lagi akan menerima kemas kini iOS 17.

iOS 17_5

iOS 17 sudah mula dilepaskan buat penguji beta dengan akaun pembangun.

Untuk pengguna awam, Apple mengatakan iOS 17 akan hadir pada musim luruh, iaitu sekitar September kelak.

Sumber: Apple

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY