Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna Produk Apple Kini Lebih Selamat Dengan Pengenalan Pelbagai Ciri Privasi Dan Keselamatan Baharu

Pengguna Produk Apple Kini Lebih Selamat Dengan Pengenalan Pelbagai Ciri Privasi Dan Keselamatan Baharu

Diterbitkan Jun 6, 2023 · Dikemas kini Jun 6, 2023 oleh ariff bukhari

Apple hari ini di acara WWDC 2023 mereka mengumumkan inovasi privasi dan keselamatan terkini termasuklah kemas kini utama untuk Safari Private Browsing, Communication Safety dan Lockdown Mode, serta peningkatan privasi pada aplikasi.

Pengguna Produk Apple Kini Lebih Selamat Dengan Pengenalan Pelbagai Ciri Privasi Dan Keselamatan Baharu
Apabila pengguna mengaktifkan Lockdown Mode pada iPhone, ia juga akan menghidupkan Lockdown Mode untuk Apple Watch.

Selain itu, Apple memperkenalkan ciri baharu yang direka bentuk dengan privasi dan keselamatan pada terasnya, termasuklah Check In, NameDrop dan Live Voicemail.

Pengguna Produk Apple Kini Lebih Selamat Dengan Pengenalan Pelbagai Ciri Privasi Dan Keselamatan Baharu
Safari Private Browsing kini dikunci secara automatik jika ia tidak digunakan.

Apple juga menjadikan gambar-gambar yang tersimpan di dalam peranti lebih selamat dengan membantu pengguna berkongsi foto tertentu dengan aplikasi sambil memastikan pustaka mereka kekal sulit.

Apabila aplikasi meminta untuk mengakses keseluruhan pustaka foto pengguna, pengguna akan ditunjukkan lebih banyak maklumat tentang perkara yang akan mereka kongsi, bersama-sama dengan peringatan tentang pilihan mereka.

Pengguna Produk Apple Kini Lebih Selamat Dengan Pengenalan Pelbagai Ciri Privasi Dan Keselamatan Baharu

Apple juga memastikan kanak-kanak lebih selamat dengan memperkenalkan ciri Communication Safety.

Ia direka untuk memberi amaran kepada kanak-kanak apabila menerima atau menghantar foto atau kandungan video lucah dalam Messages.

API baharu ini membolehkan pembangun menyepadukan Communication Safety terus ke dalam aplikasi yang dibangunkan mereka.

Selain itu, ciri ini akan membantu memastikan kanak-kanak selamat apabila mereka menghantar dan menerima kandungan melalui AirDrop, mesej video FaceTime dan apabila menggunakan aplikasi Phone untuk menerima Contact Poster.

Pengguna Produk Apple Kini Lebih Selamat Dengan Pengenalan Pelbagai Ciri Privasi Dan Keselamatan Baharu

Berkaitan

  • Apple Vision Pro - Cip M2, Paparan 23 Juta Piksel Dengan Harga ~RM16,000
  • iPhone Dikemas Kini Dengan Beberapa Ciri Terbaru
  • Ini Senarai Model iPhone Yang Akan Terima Kemas Kini iOS 17

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
©2026 WISER.MY