Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Format Baharu Telefon Lipat Huawei Dan Samsung Jadi Rebutan

Samsung Kekal Jenama Telefon Pintar Terbesar Di Dunia

Diterbitkan Oktober 14, 2026 · Dikemas kini Oktober 14, 2026 oleh ariff bukhari

Industri telefon pintar global terus berdepan cabaran besar apabila jumlah penghantaran peranti merekodkan penurunan sebanyak 20% tahun ke tahun pada suku ketiga 2026.

Penurunan ini menjadikan jumlah penghantaran telefon pintar global berada pada paras terendah dalam tempoh 14 tahun.

Ia sekali gus mencerminkan tekanan yang sedang dihadapi oleh pengeluar dan pengguna di seluruh dunia.

Malah, keadaaan pasaran telefon pintar di Asia Tenggara juga turut berdepan keadaan sama selepas jatuh ke paras terendah dalam tempoh 12 tahun.

Menurut firma penyelidikan Counterpoint Research, antara faktor utama yang menyumbang kepada kemerosotan ini ialah kekurangan bekalan cip memori DRAM dan NAND yang berlarutan.

Situasi tersebut telah meningkatkan kos pengeluaran peranti secara ketara, sekali gus memaksa banyak pengeluar menaikkan harga jualan telefon pintar mereka.

Kenaikan harga ini memberi kesan langsung kepada pengguna yang kini lebih berhati-hati dalam berbelanja.

Ramai memilih untuk menggunakan telefon sedia ada dengan lebih lama atau beralih kepada peranti terpakai dan diperbaharui (refurbished) bagi menjimatkan kos.

Akibatnya, segmen telefon pintar kelas permulaan dan pertengahan menerima tekanan paling besar berbanding model premium.

Samsung Kekal Jenama Telefon Pintar Terbesar Di Dunia
Sumber: Laporan awal *Market Monitor* oleh Counterpoint Research, Suku Ketiga 2026. Nota: OPPO merangkumi OnePlus dan realme. Jumlah peratusan mungkin tidak genap 100% akibat pembundaran.

Dari segi penguasaan pasaran, Samsung masih kekal sebagai jenama telefon pintar terbesar dunia dengan pegangan pasaran sebanyak 23%.

Prestasi syarikat itu dibantu oleh pelancaran siri Galaxy Z Fold8 serta permintaan berterusan terhadap model Galaxy A.

Samsung sebelum ini telah dilaporkan terpaksa mengurangkan pengeluaran telefon pintar sebanyak 20 hingga 30% bagi mengelakkan kerugian lebih besar, ekoran terkesan dengan kenaikan mendadak harga cip memori DRAM.

Sementara itu, Apple mencatat pencapaian penting apabila memperoleh 22% bahagian pasaran, iaitu kali pertama melepasi paras 20% bagi suku ketiga.

Malah menjadi satu-satunya pengeluar yang konsisten meraih keuntungan daripada jualan telefon pintar.

Jenama China seperti Xiaomi, OPPO dan vivo pula berdepan penurunan penghantaran yang ketara apabila mereka memberi tumpuan kepada keuntungan dan produk bernilai lebih tinggi.

Pasaran telefon pintar dijangka terus mencabar dalam tempoh terdekat.

Pengeluar kini lebih mengutamakan margin keuntungan berbanding jumlah jualan, manakala pemulihan pasaran dijangka bergantung kepada kestabilan bekalan dan harga cip memori global.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Pasaran Telefon Pintar Di Asia Tenggara Merudum Ke Paras Terendah Dalam Tempoh 12 Tahun
  • OPPO Atasi Pesaing Telefon Pintar Lain Di Malaysia Bagi Suku Ke-2 2026 
  • Jualan Telefon Pintar Tidak Lagi Menguntungkan, Samsung Dilapor Kurangkan Pengeluaran

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY