Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
KV 1

vivo Y31s Rasmi – Bateri BlueVolt 6,500mAh, Penarafan IP69+, Harga RM1,199

Diterbitkan Jun 11, 2026 oleh Amsyar Latif

vivo Y31s kini hadir secara rasmi untuk pasaran Malaysia. Telefon pintar ini direka khusus untuk pengguna yang memerlukan peranti tahan lasak bagi menyokong gaya hidup luar serta aktiviti harian yang padat tanpa perlu kerap mengecas peranti.

Daya tarikan utama vivo Y31s terletak pada kapasiti bateri gergasi BlueVolt 6,500mAh yang menggunakan seni bina ketumpatan tenaga ultra-tinggi 782 Wh/L.

Teknologi ini membolehkan jangka hayat bateri bertahan sehingga 1,600 kitaran pengecasan penuh (sekitar 5 tahun penggunaan) sebelum kapasiti menyusut ke 80%.

Pengurusan kuasanya disokong oleh pengecasan pantas Smart 44W FlashCharge dengan sistem perlindungan keselamatan 29-lapisan.

Bagi aspek ketahanan fizikal, peranti ini dilengkapi penarafan kalis habuk dan air IP68 serta IP69+ yang mampu menahan rendaman serta pancutan air bertekanan tinggi.

Screenshot 2026-06-11 at 5.09.38 PM

Skrinnya dibina menggunakan Guardian Glass bersertakan pensijilan SGS Gold Label 5-Star Premium Performance yang melepasi standard ketenteraan MIL-STD-810H untuk ketahanan jatuh sehingga 3.5 meter.

Skrin bersaiz 6.72 inci ini menyokong panel High-Brightness Eye Protection Display120Hz dengan kecerahan puncak 1,050 nits dan ciri Wet-Hand Touch.

Dari segi spesifikasi dalaman, vivo Y31s dijana oleh cip Qualcomm Snapdragon 4 Gen 2 (4nm), storan pantas UFS 3.1 berkapasiti 256GB, serta gandingan memori 8GB RAM fizikal bersama 8GB Extended RAM.

Untuk sistem kamera, ia memuatkan sensor utama 50MP HD di bahagian belakang dan kamera swafoto 32MP di hadapan yang dilengkapi ciri suntingan pintar AI Erase serta mod fotografi bawah air.

Profil peranti ini hadir dengan ketebalan 8.39mm, seberat 209 gram, dan dihiasi lampu Dynamic Light berbentuk cincin pada panel belakang.

Di Malaysia, vivo Y31s ditawarkan pada harga RM1,199 untuk varian tunggal 8GB (+8GB) RAM + 256GB storan.

KV 3

Ia hadir dalam dua pilihan warna iaitu KL Midnight Purple dan Glowing Black. Sesi Jualan Pertama akan bermula dari 13 hingga 30 Jun 2026, di mana pembeli terawal bakal menerima kad petrol bernilai RM50 (terhad 1,000 pelanggan), jaminan lanjutan 6 bulan, serta pilihan ansuran 0% faedah selama 6 bulan melalui SPayLater.

KV 2

Berkaitan

  • vivo V70 Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM1,999
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • vivo X300 Ultra Youth Creator Awards Dibuka – Peluang Menang vivo X300 Ultra Dan Pakej Percutian

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY