Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vivo X300 Ultra Youth Creator Awards Dibuka – Peluang Menang vivo X300 Ultra Dan Pakej Percutian

vivo X300 Ultra Youth Creator Awards Dibuka – Peluang Menang vivo X300 Ultra Dan Pakej Percutian

Diterbitkan Jun 9, 2026 oleh Amsyar Latif

vivo Malaysia telah membuka penyertaan untuk vivo X300 Ultra Youth Creator Awards, sebuah pertandingan video pendek peringkat kebangsaan yang bertujuan memperkasakan golongan muda tempatan dalam penciptaan kandungan digital.

Terbuka kepada warganegara dan penduduk Malaysia berumur antara 17 hingga 28 tahun, kempen bertemakan “Born to Create” ini berlangsung dari 8 Jun hingga 15 Julai 2026.

vivo X300 Ultra Youth Creator Awards Dibuka – Peluang Menang vivo X300 Ultra Dan Pakej Percutian

Pertandingan ini dibahagikan kepada dua peringkat, di mana fasa pertama bermula dari 8 hingga 21 Jun 2026 bagi sesi penyerahan terbuka.

Peserta dikehendaki memuat naik video pendek asli bertemakan sama ada Everyday Life, Explore The World, atau Pet Diaries ke platform media sosial seperti TikTok, Instagram Reels, Xiaohongshu, atau Facebook berserta hashtag rasmi kempen.

vivo X300 Ultra Youth Creator Awards Dibuka – Peluang Menang vivo X300 Ultra Dan Pakej Percutian
vivo X300 Ultra Youth Creator Awards Dibuka – Peluang Menang vivo X300 Ultra Dan Pakej Percutian

Lima peserta terbaik yang disenarai pendek ke peringkat akhir akan menerima unit vivo X300 Ultra (yang dilengkapi lensa potret telephoto ZEISS APO 200MP) atau vivo X300 FE untuk menghasilkan video baharu bagi penentuan pemenang.

Pemenang utama bakal membawa pulang ganjaran berupa peranti vivo X300 FE, pakej percutian ke Pulau Redang, vivo Watch GT2, serta akses eksklusif setahun untuk menggunakan peranti terbaharu vivo.

Selain itu, sebagai sokongan kepada golongan pelajar, vivo turut memperkenalkan diskaun eksklusif pelajar bernilai RM150 untuk pembelian vivo X300 FE.

Berkaitan

  • vivo X300 FE Rasmi Di Malaysia, Dipacu Snapdragon® 8 Gen 5, Harga Bermula RM3,299
  • vivo X300 Ultra Dengan Kamera 200MP Bertaraf Filem Dilancar, Harga Hampir Cecah RM10,000
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
  • Lenovo Legion Go Beam Dilapor Akan Menjalankan Sistem Android
©2026 WISER.MY