vivo V80 Lite 5G kini tersedia secara rasmi untuk pembelian di Malaysia, dengan telefon pintar terbaharu ini mengetengahkan bateri BlueVolt berkapasiti besar 10,000mAh sebagai salah satu tarikan utamanya.
Menurut vivo, bateri tersebut direka untuk memberikan bekalan kuasa yang stabil pada suhu sehingga 45°C, menjadikannya sesuai untuk penggunaan dalam keadaan cuaca panas seperti di Malaysia.
Ketahanan baterinya sebelum ini turut diketengahkan menerusi Rekod Dunia Guinness bagi siaran langsung ujian produk elektronik paling lama. Ujian melibatkan vivo V80 Lite 5G itu berlangsung selama 32 jam 37 minit dan disahkan di Chiang Mai, Thailand pada 11 Ogos lalu.
{suggest}
Bersempena jualan pertama, vivo menawarkan V80 Lite 5G pada pelan ansuran bermula RM124.92 sebulan, termasuk pilihan ansuran 0% selama enam atau 12 bulan menerusi beberapa bank terpilih.

Pembeli juga boleh menerima hadiah percuma termasuk beg galas, V Selection Earbuds dan pemegang kad. Promosi jualan pertama berlangsung sehingga 30 September 2026.
Selain itu, vivo Care menyediakan waranti bateri selama empat tahun, tambahan waranti selama setahun, perlindungan penutup belakang selama setahun serta waranti berbilang negara selama setahun.
vivo turut akan mengadakan acara di vivo Image Art Space, IOI City Mall Putrajaya, dengan penampilan Aedy Ashraf dan cabaran bateri 10,000mAh yang menawarkan hadiah wang tunai RM1,000 kepada peserta.

