Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Teaser MA Main KV

vivo V70 FE Bakal Tiba Di Malaysia, Hadir Dengan Kamera 200MP

Diterbitkan Mac 31, 2026 oleh Amsyar Latif

vivo Malaysia nampaknya sudah bersedia untuk melancarkan ahli keluarga terbaharu siri V mereka iaitu vivo V70 FE (Fashion Edition). Seperti namanya, peranti ini bukan sekadar sebuah telefon pintar, malah ia direka sebagai pelengkap gaya hidup buat pengguna yang mementingkan estetika dan kualiti fotografi mudah alih.

Daya tarikan utama pada vivo V70 FE ini sudah tentulah sistem kamera utamanya yang dilengkapi sensor 200MP OIS Ultra-Clear. Dengan sensor sebesar ini, pengguna bukan sahaja boleh merakam gambar dengan perincian yang tajam, malah ia turut menyokong ciri Ultra-Clear Photo Crop yang membolehkan gambar dipotong (crop) sehingga 900% tanpa hilang kualiti secara drastik.

Selain itu, ia turut dibekalkan dengan keupayaan AI 30x Super Zoom serta lensa potret 85mm untuk hasil gambar yang nampak lebih sinematik.

V70 FE Muse Purple Product Photo

Dari segi rekaan, vivo memperkenalkan warna Muse Purple yang diinspirasikan daripada keindahan waktu fajar. Tekstur pada bahagian belakang peranti ini dihasilkan untuk menampakkan kesan pergerakan yang elegan, selari dengan imej “Fashion Edition” yang dibawa.

Bagi mengukuhkan lagi imej stailo peranti ini, vivo Malaysia turut mengumumkan kolaborasi bersama kumpulan gadis popular tempatan, DOLLA, sebagai official vivo V70 FE Friend.

200MP Sample Photo

Pemilihan DOLLA dilihat sangat bertepatan dengan identiti peranti ini yang memfokuskan kepada keberanian dalam mengekspresikan diri melalui fesyen dan seni.

Buat masa ini, tarikh pelancaran rasmi dan harga jualan masih belum didedahkan, namun vivo Malaysia dijangka akan memperincikan maklumat tersebut dalam masa terdekat.

Berkaitan

  • Kolaborasi Bersama ZEISS, vivo Sasar Jadi Raja Kamera Telefon Pintar
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • vivo V70 Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM1,999

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY