vivo V25 Pro Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia

Model baharu dalam siri V25 telah dilancarkan untuk pasaran Malaysia petang tadi. vivo v25 Pro ini pertaruhkan bersama kamera 64MP utama di belakang dan 8MP sudut lebar serta 2MP makro.

Lensa 64MP ini juga dilengkapi sistem penstabilan OIS dan EIS.

Model Pro ini dijana cip MediaTek Dimensity 1300 dengan RAM sebesar 12GB dan sokong RAM maya sehingga 8GB. Storan dalamannya pula sebesar 256GB.



Panel pada belakangnya menggunakan kaca fluorite AG yang berubah warna apabila terdedah pada cahaya UV.

Ia berkemampuan untuk merakam video 4K. Telefon ini juga hadir dengan sistem penyejukan bionik.

Bateri padanya ialah sebesar 4830mAh dan menyokong pengecasan pantas FlashCharge 66W.



Telefon yang menyokong rangkaian 5G ini mempunyai tubuh selangsing 8.62mm dan tampil dengan skrin melengkung 3D dengan paparan berlubang untuk kamera swafoto 32MP.

Dijual pada harga RM2,499, Ia hadir dalam dua pilihan warna iaitu Surfing Blue dan Starlight Black.

Untuk spesifkasi lanjut, anda boleh ke laman web vivo.

Klik SINI untuk pratempah/beli vivo V25 Pro di Lazada.

vivo

Selain daripada vivo V25 Pro, vivo juga memperkenalkan vivo TWS Air. Ia mempunyai pemacu sebesar 14.2mm.

TWS ini tersedia alam dua warna – White Bubble dan Pebble Blue.  Ia juga menawarkan pembatalan hingar dengan dua mikrofonnya dan algoritma pembatalan bunyi AI.

Kata vivo, muzik boleh dimainkan selama 4.5 jam dengan sekali cas.

Klik SINI untuk pratempah/beli vivo TWS Air di Lazada.

Untuk ketahui lanjut tentang vivo v25 (bukan model Pro) yang lebih murah, klik SINI.

{suggest}