Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
duta vivo v25

vivo V25 5G Dan V25e Rasmi Di Malaysia Bermula RM1,399

Diterbitkan Ogos 29, 2022 · Dikemas kini Ogos 29, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Baru saja dilancarkan di Malaysia sebentar tadi, vivo V25 dijana MediaTek Dimensity 900 dengan bateri sebesar 4500mAh yang boleh dicas menggunakan teknologi FlashCharge sepantas 44W.

Ia menggunakan skrin AMOLED bersaiz 6.44″ dengan resolusi FHD+.

vivo v25 (3)

Selain itu, V35 ini juga tampil dengan 3 kamera di belakang iaitu 64MP kamera, 8MP ultra lebar dan 2MP makro. Untuk swafoto pula, ia dibantu kamera 50MP di hadapan.

Kamera hadapan V25 dilengkapi ciri penstabilan imej hibrid (OIS+EIS) menjadikan rakaman video lebih jelas dan stabil. Kedua-duaV25e dan V25 mampu merakam video HD 4K.

vivo v25

Telefon yang menyokong 5G ini mempunyai RAM sebesar 8GB dan storan sebesar 256GB.

Ia dijual pada harga RM1,799. Klik SINI untuk pratempah/beli V25 5G di Lazada atau SINI di Shopee.

Berkaitan

  • vivo Tawar Hadiah Percuma Bernilai RM298 Untuk Setiap Pembelian vivo Y35
  • (Ulasan) vivo Y35 - RAM Dan Storan Besar Tetapi Setakat Itu Saja
  • Cara Semak Stesen Minyak Yang Jual Kad TNG NFC
  • Cara Semak Berapa Banyak Anda Sudah Habiskan Di Shopee Selama Ini
  • Ramai Tak Sedar, Ini Benda Wajib Anda Buat Sejurus Memiliki Kad TNG
  • Cara Ketahui Harga Sebenar Produk Di Shopee Dan Lazada Sebelum "Diskaun"
  • Pelan Beriklan Netflix Mungkin Sekitar RM30 Ke RM40

vivo v25e (1)

V25e pula menggunakan cip pemproses Mediatek Helio G99

Beberapa persamaan dengan model V25 ialah RAM, storan dalaman, jenis dan saiz skrin, kapasiti bateri dan pengecasan pantas 44W.

Tetapi, antara yang membezakannya ialah cip, ketiadaan sokongan 5G dan kamera.

Tiga kamera di belakang ialah 64MP utama, 2MP bokeh dan 2MP makro. Lensa 32MP pula diletakkan di hadapan sebagai kamera swafoto.

Ia dijual pada harga RM1,399. Klik SINI untuk pratempah/beli vivo V25e di Lazada atau SINI di Shopee.

Sumber: Siaran Akhbar vivo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY