Model Vivo Siri S akan tiba di Malaysia tidak lama lagi.
Vivo Malaysia hari ini telah berkongsikan dengan para peminat telefon pintar di Malaysia imej acah bagi model Vivo Siri S. Model terbaru ini dijangka akan tiba tidak lama lagi untuk pasaran Malaysia.
Dengan menggunakan tanda pagar #UnlockYourStyle beserta dengan ikon cap jari, Vivo memberikan gambaran awal bahawa Siri S ini bakal dilengkapi dengan teknologi imbasan jari pada skrin peranti tersebut.

Telefon Pintar Vivo Siri S ini adalah berasaskan kepada model Siri S yang telah pun dilancarkan di China baru-baru ini. Jadi berkemungkinan model Siri S yang akan tiba untuk pasaran Malaysia nanti adalah model S1 atau S1 Pro.
Sekadar perkongsian lanjut, berdasarkan spesifikasi Vivo Siri S bagi pasaran China yang dikongsikan di laman GSM Arena, model Vivo Siri S1 dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.53" serta kapasiti storan 128 GB dengan 6 GB RAM. Manakala bagi model Vivo Siri S1 Pro pula, ia dilengkapi skrin bersaiz 6.39", storan berkapasiti 256GB dan 8GB RAM.
Walaubagaimanapun, Vivo belum lagi mendedahkan spesifikasi sebenar Siri S untuk pasaran Malaysia yang dijangka mungkin akan ada sedikit perbezaan daripada model Vivo Siri S yang dilancarkan di China itu, terutamanya terhadap cip pemprosesannya.
Berkaitan
- Perisian Hasad Palsu Donald Trump Diguna Penggodam Bagi Menipu Mangsa
- Ketua Penggodam Lapsus$ Adalah Seorang Remaja Autisme Telah Ditahan Polis London
- Pelan Memperkasa Industri Pos Dan Kurier Negara Sedang Dirangka
- Rekaan Kamera iPhone 11 Didakwa Menyebabkan 'Trypophobia' Kepada Sebahagian Orang
- 'Iskur', Kerusi Pertama Dari Razer Khusus Untuk Pemain Tegar Permainan Komputer
- Model Sempurna Iron Man Ini Dihasil Menggunakan Lebih Daripada 35,000 Lego
- Stesen Pengecas EV TNB Electron Baharu Akan Dibangunkan Di 6 Lokasi Ini
- Kakitangan Suruhanjaya Eropah Diarah Beralih Kepada Aplikasi Permesejan 'Signal'
- 2 Menara Telekomunkasi Baharu Siap Dibina Di Kg. Rhu Sepuluh Dan Kg. Kuala Kubang
- Google Membangunkan Sistem Operasi Baru Yang Dinamakan Sebagai "Pigweed"