Terkini, vivo menambah model baharu vivo Y70S di bawah siri Y yang merupakan siri menawarkan kepada harga mampu milik. Ia menggabungkan rangkaian 5G, 3 kamera belakang dan juga merupakan peranti pertama yang dijana oleh cip Exynos 880.
Paparan peranti adalah berukuran 6.53 inci Full HD+ jenis LCD bersama-sama lubang pada sudut kiri paparan. Padanya, ia memuatkan lensa swafoto 16MP. Beralih ke bahagian belakang, terdapat lensa 48MP utama, 8MP sudut lebar, dan 2MP depth.
Bersama-sama cip pemprosesan Exynos 880, ia dipadankan dengan memori sama ada RAM 6GB/8GB serta storan dalaman 128GB. Bateri peranti sebesar 4,500mAh dan menyokong pengecasan pantas 18W.
Peranti menjalankan FunTouchOS 10 berasaskan Android 10. Selain itu, terdapat juga pengimbas cap jari diletakkan pada bahagian sisi peranti.
Di China, vivo Y70S dijual dalam 3 pilihan warna hitam, biru, dan putih bermula harga jualan CNY 1,998 (~RM1,216).
Sumber: vivo
Berkaitan
- vivo V23 5G Rasmi Berharga RM2,099, Swafoto 50MP Dengan Panel Belakang Bertukar Warna
- Gaming Test Pada vivo Y76 5G Dengan MediaTek Dimensity 700
- vivo Pula Tarik Diri Dari MWC 2020 Kerana Wabak Koronavirus
- Reaksi Awal vivo Y76G - Kelas Pertengahan vivo Dengan 50MP Dan Pengecasan 44W
- vivo V19 Berharga RM 1699 Di Malaysia - Snapdragon 712, 4500mAh Dengan 33W
- Siri vivo X50 Dengan Kamera Gimbal Akan Dilancarkan Di Malaysia 21 Julai Ini
- Peranti Dengan Kamera Gimbal vivo X50 Pro Dijual Berharga RM3,199 Di Malaysia
- vivo Umum Kerjasama Bersama Carl Zeiss - Bakal Digunakan Pada Siri vivo X60 Kelak
- Siri vivo X60 Kini Rasmi - Exynos 1080, Kamera Teknologi Zeiss, Gimbal Gen-2 Dan OriginOS Baharu
- vivo Beri Gambaran Siri X50 Dengan Kamera Gimbal Akan Dilancarkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi