vivo Beri Gambaran Siri X50 Dengan Kamera Gimbal Akan Dilancarkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Siri vivo X50 telah dilancarkan di China awal Jun lalu. Ia membawakan teknologi gimbal selain dilengkapi dengan dengan sensor kamera 50M ISOCELL GN1. Untuk pasaran Malaysia, ia masih lagi diperkenalkan. Namun, pihak vivo sudah memberi petanda akan pelancarannya tidak lama lagi.

Melalui akaun Facebook dan Instagram rasmi vivo Malaysia, mereka memuat naik satu video acah pendek mengenai siri peranti berkenaan. Walaupun tidak banyak maklumat yang dikongsi seperti spesifikasi dan juga tarikh pelancaran, kita boleh melihat secara kasar apakah penawaran peranti berkenaan.

https://www.facebook.com/vivoMalaysia/videos/565805154114118/

Dengan siri X50, ia akan memfokuskan pengalaman kamera terutamanya waktu malam yang dibantu oleh kamera gimbal tersebut. Di bawah siri X50, terdapat 3 model iaitu vivo X50 Pro+, X50 Pro dan X50.

Kamera gimbal tersebut walau bagaimanapun hanya dimuatkan dalam X50 Pro sahaja dan bukannya abangnya X50 Pro+ yang lebih berkuasa. Namun untuk sensor terbaru ISOCELL GN1 tersebut ia diletakkan hanya pada X50 Pro+ sahaja disebabkan isu-isu tertentu.

Dari segi spesifikasi, keseluruhan siri X50 hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 765G, RAM 8GB, storan dalaman sehingga 256GB dan kapasiti bateri minimum 4,200mAh.

Walau tarikh pelancaran belum didedahkan, kemungkinan kita akan dapat melihat lebih banyak maklumat mengenai siri peranti ini dalam masa terdekat.

Sumber: Facebook, Instagram (vivo Malaysia)

Beli peranti vivo di Lazada:
https://invol.co/clpsld