vivo V23 adalah merupakan siri V terbaharu menggantikan V21 yang diumumkan pada Mei 2021.
Siri ini terlebih dahulu telah memperkenalkan vivo V23e dan vivo V23e sebagai model pemula pada Disember 2021.
Untuk model utama dalam siri ini pula, vivo telah melancarkan vivo V23 baru-baru ini.
Dengan memfokuskan kepada swafoto, model V23 datang dengan dwi-kamera 50MP dan sudut lebar 8MP untuk swafoto.
Kamera 50MP itu disertakan dengan autofokus terbina untuk mengekalkan gambar potret yang kemas dan jelas
walaupun dalam pencahayaan gelap. Selain itu, V23 juga menyokong swafoto 4K untuk rakaman video.
Menariknya terdapat 2 cahaya LED terbina pada bahagian hadapan diletakkan bersebelahan kiri dan kanan modul kamera swafoto.
Pada bahagian belakang, terdapat sistem 3 kamera membarisi 64MP utama, 8MP sudut lebar, dan 2MP makro.
vivo V23 juga direka dengan panel belakang boleh bertukar warna mengikut sudut darjah cahaya yang dipantulkan.
Untuk spesifikasi lain, vivo V23 dilengkapi dengan MediaTek Dimensity 920, 12GB RAM, storan 256GB, skrin 90Hz, bateri 4,200mAh dengan pengecasan FlashCharge 44W, serta sokongan 5G.
Dijual secara rasmi di Malaysia berharga RM2,099, vivo V23 kini boleh didapati di kedai konsep vivo, peniaga sah, laman web rasmi vivo serta Shopee dan Lazada.
vivo Malaysia juga akan mengadakan jualan pertama untuk vivo V23 selama sebulan bermula dari 14 Januari – 14 Februari 2022.
Dari 14-16 Januari 2022, pelanggan yang membeli vivo V23 5G layak menerima hadiah berjumlah RM668, termasuk vivo TWS 2e, Perlindungan Retak Skrin 1 Tahun dan Waranti Lanjutan 1 Tahun.
Fasa kedua jualan pertama yang akan diadakan pada 17 Januari – 14 Februari 2022 akan datang dengan pembersih vakum tanpa wayar, Perlindungan Retak Skrin 1 Tahun dan Waranti Lanjutan 1 Tahun bernilai RM558 bagi pelanggan yang membeli peranti V23 5G.
Sumber: Siaran Akhbar vivo Malaysia
Baca juga: