Untuk X50 biasa, ia dijual berharga RM2,399 manakala X50 Pro pula dipasarkan pada harga RM3,199. Hanya satu varian warna sahaja yang ditawarkan iaitu Alpha Grey dan satu sahaja untuk varian memori iaitu 8GB/256GB.

Spesifikasi vivo X50 Pro didatangkan dengan cip pemprosesan Snapdragon 765G, skrin berukuran 6.56 inci AMOLED Full HD+ serta kadar segar semula 90Hz. Ia menawarkan kuad kamera 48MP + 13MP + 8MP + 8MP serta swafoto tunggal 32MP.
Bateri yang ditawarkan adalah berkapasiti 4315mAh dan pada masa yang sama turut menyokong pengecasan pantas 33W FlashCharge 2.0. Antara yang menarik mengenai perisisan siri vivo X50 kali ini adalah ia menawarkan antara muka Funtouch OS yang lebih kemas dengan rekaan ke arah Android asli.
Bersama-sama dengan pembelian peranti, anda akan mendapat percuma 1 unit pembesar suara Logitech dan 1 unit pembersih udara.
Sumber: vivo Malaysia
Berkaitan
- Huawei P40 Pro Bakal Gunakan Sensor Kamera Paling Besar Setakat Ini
- Piawaian NFC Yang Terbaharu Membolehkan Ia Mengecas Produk Lain Tanpa Wayar
- OnePlus Beri Amaran Kemaskini Android 11 Boleh Formatkan OnePlus 8, 8 Pro Secara Tidak Sengaja
- Garmin Malaysia Tawar Program Trade-In Siri Forerunner Dengan Rebat Sehingga RM300
- Xiaomi Mi CC9 Pro Akan Dilengkapi Bateri Sebesar 5,260mAh
- iPhone 12 Pro Dan Pro Max Rasmi Dilancarkan - Rekaan Serba Baharu, Harga Bermula RM4,899
- Realme Umum Jadual Kemaskini ColorOS 7 - Dimulakan Dengan Realme 3 Pro, Realme XT
- Huawei Mate 30 Pro 5G Berharga RM4,199 Di Malaysia - Akan Mula Dijual 7 Februari Ini
- Black Shark 3 PRO Kini Ditawarkan Dalam Pilihan Warna Knight Grey
- Xiaomi Mi CC9 Pro Premium Edition Peroleh Skor Kamera Tertinggi Dalam DxOMark