Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vivo V20 dan V20 Pro Dilancarkan – Hadir Dengan Snapdragon 765G, Kamera Utama 64MP Dan Swafoto 44MP

vivo V20 dan V20 Pro Dilancarkan – Hadir Dengan Snapdragon 765G, Kamera Utama 64MP Dan Swafoto 44MP

Diterbitkan September 23, 2020 · Dikemas kini September 23, 2020 oleh Meor Hasyim

vivo kini baru sahaja melancarkan siri V20 baru-baru ini. Ia hadir dalam 2 model iaitu vivo V20 biasa dan juga varian vivo V20 Pro.

Seperti yang diketahui, siri V memfokuskan kepada kemampuan fotografi. Justeru penawaran kamera pada siri vivo V20 ini tidak kurang hebatnya.

Namun begitu, jika dilihat secara kasar, rekaan telefon pintar yang dilancarkan ini adalah hampir serupa dengan rupa paras siri vivo X50.

vivo V20 Pro

Dimulakan dengan V20 Pro, ia varian lebih premium yang dijana cip Snapdragon 765G. RAM pula adalah 8GB manakala storan dalaman 128GB.

Untuk paparan, ia berukuran 6.44 inci Full HD+ AMOLED. Padanya juga terdapat pengimbas cap jari bawah skrin serta takuk memuatkan dua lensa swafoto – 44MP utama dan 8MP sudut lebar.

vivo V20 dan V20 Pro Dilancarkan – Hadir Dengan Snapdragon 765G, Kamera Utama 64MP Dan Swafoto 44MP

Berpaling ke belakang, terdapat 3 lensa yang membariskan 64MP utama, 8MP sudut lebar, dan 2MP monokrom. Lensa 8MP itu juga boleh digunakan untuk tangkapan makro sedekat 2cm.

Dengan fokus fotografi, ia menawarkan pelbagai fungsi mod tangkapan seperti Super Night Mode, Tripod Mode, Motion Autofocus, 3D Sound Tracking, Dual-View Video, Portrait Video, serta gerak perlahan 240fps swafoto.

Untuk bateri, ia berkapasiti 4,000mAh dan disertakan dengan pengecasan pantas 33W. Telefon ini tidak mempunyai bicu audio 3.5mm namun di dalam kotak telah dibekalkan dengan penyesuai USB-C ke 3.5mm.

vivo V20 Pro dijual pada harga THB 14,999 (~RM1,979) di Thailand dalam 3 pilihan warna iaitu Sunset Melody, Midnight Jazz, dan Moonlight Sonata.

vivo V20

vivo tidak menyatakan secara lebih lanjut spesifikasi yang terdapat pada V20 namun hanya mengumumkan beberapa perkara utama seperti: Snapdragon 720G, 3 kamera belakang 64MP, swafoto 44MP dan juga sistem pengecasan 4,000mAh dan pengecasan pantas 33W yang sama.

Spesifikasi penuh vivo V20 termasuk harganya akan diberitahu selanjutnya pada masa akan datang. Buat masa ini, vivo Malaysia belum memberi penjelasan sama ada model ini akan dibawa masuk atau tidak.

Namun begitu, pihak vivo telah mengacah vivo V20 SE dari siri yang sama untuk dilancarkan di sini tidak lama lagi.

Sumber: vivo V20

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY