Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Reaksi Awal vivo Y76G – Kelas Pertengahan vivo Dengan 50MP Dan Pengecasan 44W

Gaming Test Pada vivo Y76 5G Dengan MediaTek Dimensity 700

Diterbitkan November 24, 2021 · Dikemas kini November 24, 2021 oleh Meor Hasyim

vivo Y76 5G merupakan telefon kelas pertengahan baharu dari vivo. Apa yang menariknya kali ini, vivo telah berkolaborasi dengan Mobile Legends menjadikan telefon ini dipandang-pandang oleh peminat tegar Mobile Legends.

Namun begitu, apabila membuka kotak telefon, kami mula sedar unsur Mobile Legends hanya berada pada kotak luar sahaja. Malah, perisian vivo Y76 5G kekal normal dan tiada langsung sentuhan Mobile Legends. Jadi apa yang Mobile Legendsnya? Hanyalah skin eksklusif yang boleh ditebus nanti.

vivo Y76 5G dikuasakan MediaTek Dimensity 700 yang sudah banyak digunapakai oleh kelas pertengahan bawahan lain. Untuk anda yang mahu ketahui prestasi gaming pada telefon ini macam mana, teruskan membaca.

Spesifikasi Telefon

  • Cip MediaTek Dimensity 700
  • RAM 8GB + 4GB Extended
  • Storan: 128GB UFS

Mobile Legends: Bang Bang

Permainan pertama yang diuji adalah Mobile Legends: Bang Bang.  Secara maksimum, tetapan grafik hanya pada High sahaja, dan tetapan Ultra tidak boleh dimainkan. Mungkin disebabkan cip belum cuku berkuasa untuk memainkan tetapan ini.

Gaming Test Pada vivo Y76 5G Dengan MediaTek Dimensity 700

Pada tetapan High, ia masih mampu untuk memainkan permainan pada purata 60FPS dengan tiada masalah.

Gaming Test Pada vivo Y76 5G Dengan MediaTek Dimensity 700

Genshin Impact

Genshin Impact, sebuah permainan dengan grafik yang agak tinggi. Secara lalai, permainan menetapkan tetapan kepada Lowest.

Gaming Test Pada vivo Y76 5G Dengan MediaTek Dimensity 700

Sememangnya tetapan Lowest tidak menjadi masalah jadi kami menaikkan tetapan kepada Lowest 60FPS untuk melihat apa yang akan terjadi.

Bukan sahaja setakat nak panning, berjalan-jalan lancar, tetapi ketika bertarung dengan binatang pun masih lagi elok, tanpa sekat.

Gaming Test Pada vivo Y76 5G Dengan MediaTek Dimensity 700
Gaming Test Pada vivo Y76 5G Dengan MediaTek Dimensity 700

Akhir sekali, kami turut menguji tetapan grafik Highest dengan 60FPS. Seperti dijangka, ketika berjalan-jalan ia tidak mampu bertahan purata 60FPS sebaliknya sekitar 40FPS sahaja. Ketika bertarung dengan binatang atau raksasa, ia boleh jatuh sehingga 20FPS secara mengejut. Ketika ini, telefon dirasakan sedikit panas berbanding tetapan biasa tetapi hanya suam-suam sahaja.

Gaming Test Pada vivo Y76 5G Dengan MediaTek Dimensity 700
Gaming Test Pada vivo Y76 5G Dengan MediaTek Dimensity 700

League of Legends: Wild Rift

League of Legends: Wild Rift pula merupakan permainan yang lebih ringan. Apabila bermain pada tetapan Ultra dan Frame Rate 60FPS, ia masih berjalan lancar tanpa rasa suam-suam.

Gaming Test Pada vivo Y76 5G Dengan MediaTek Dimensity 700
Gaming Test Pada vivo Y76 5G Dengan MediaTek Dimensity 700

PUBG Mobile

PUBG Mobile, satu lagi permainan yang popular dan dimainkan ramai. Tetapan maksimum yang boleh dimainkan adalah Smooth Ultra dan HD High. Tetapan HDR sememangnya tiada sokongan.

Gaming Test Pada vivo Y76 5G Dengan MediaTek Dimensity 700
Gaming Test Pada vivo Y76 5G Dengan MediaTek Dimensity 700

Bermain pada tetapan Smooth Ultra, permainan beroperasi sekitar 40FPS manakala HD High purata 30FPS.

Gaming Test Pada vivo Y76 5G Dengan MediaTek Dimensity 700

PUBG New State

PUBG New State secara lalai tetapannya adalah pada Frame Rate MEDIUM dan Graphic Quality LITE. Prestasi adalah sekitar 30FPS. Maksimum tetapan grafik adalah pada Frame Rate MAX dan Graphic ULTRA, namun ia tidak mampu memainkan permainan dengan 60FPS yang konsisten.

Gaming Test Pada vivo Y76 5G Dengan MediaTek Dimensity 700

Apabila tetapan diturunkan kepada Graphic Quality MEDIUM namun masih lagi Frame Rate MAX, permainan lebih stabil dengan 60FPS yang lebih konsisten berbanding Graphic Quality ULTRA. Masih ada sedikit sengguk tetapi ia lebih bagus dari tetapan sebelumnya.

Gaming Test Pada vivo Y76 5G Dengan MediaTek Dimensity 700
Gaming Test Pada vivo Y76 5G Dengan MediaTek Dimensity 700

Call of Duty Mobile

Call of Duty Mobile secara lalai, tetapan ditetapkan pada Graphic Quality Low dan Frame Rate Medium. Namun sokongan maksimum hanya pada Graphic Quality Medium dan Frame Rate High. Permainan pada tetapan maksimum adalah sekitar 40FPS. Boleh tinggi lagi grafik cuma tiada sokongan yang diberikan untuk vivo Y76 5G ini.

Gaming Test Pada vivo Y76 5G Dengan MediaTek Dimensity 700
Gaming Test Pada vivo Y76 5G Dengan MediaTek Dimensity 700

Rumusan

MediaTek Dimensity 700 pada vivo Y76 5G menunjukkan prestasi yang biasa dijumpai pada kebanyakan telefon kelas pertengahan yang lain. Untuk telefon vivo, kami mendapati ia tiada perisian pembantu permainan seperti Game Space atau Game Turbo. Prestasi suhu ketika bermain berada pada tahap selesa. Ada suam-suam namun ia lebih kepada suhu panas apabila memainkan tetapan grafik yang sangat berat seperti dalam Genshin Impact. Disebabkan memang tak seronok pun untuk main dengan FPS yang tersengguk-sengguk dengan tetapan grafik yang tinggi, ia bukanlah sesuatu yang menjadi isu untuk vivo Y76 5G ini.

Secara jujurnya untuk telefon yang dijual khusus untuk peminat Mobile Legends, telefon ini tidak ada pun perkara-perkara unik yang ada untuk mereka – kecuali skin eksklusif yang boleh ditebus pada hari penjualan rasminya nanti.

Reaksi Awal vivo Y76G – Kelas Pertengahan vivo Dengan 50MP Dan Pengecasan 44W

Untuk harga RM1,299 vivo Y76 5G bukanlah telefon paling sempurna jika mahu dibuat telefon gaming, akan tetapi cara vivo menjual telefon ini dengan kolaborasi Mobile Legends pasti menimbulkan banyak persoalan adakah hanya vivo hanya sekadar menjual nama ‘Mobile Legends’ semata-mata.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY