Dengan masa yang banyak dihabiskan di rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dek Covid-19 ini, sudah tentu ramai yang kurang keluar kerumah. Jadi untuk peminat fotografi yang mahu mempelajari ilmu fotografi kekurangan lokasi untuk menangkap gambar. Namun, tahukah anda, walau hanya duduk di rumah pun, anda tetap boleh menghasilkan gambar yang cantik menggunakan peranti pintar?
Jadi untuk tips ini, kami akan berkongsikan tips dan teknik ambil gambar malam yang cantik menggunakan peranti pintar. Peranti pintar yang kami gunakan adalah dari model terbaharu vivo iaitu vivo V19. Antara perkara menarik mengenai peranti ini adalah ia hadir dengan mod tangkapan malam yang menyeluruh. Untuk itu, kita akan menggunakan mod malam pada peranti ini meliputi kesemua tips.
1. Lap Lensa Kamera Sebelum Mengambil Gambar
Mungkin anda sudah selalu dengar ungkapan klise supaya mengelap lensa ketika mahu mengambil gambar. Namun itu sememangnya perkara asas yang dilakukan kerana tidak mahu gambar kelihatan 'berhabuk' atau tidak jelas.

2. Tahan Nafas Untuk Kurangkan Gegaran
Jika ingin gambar lebih terperinci, tripod digunakan kerana ia lebih handal berbanding hanya kedudukan tangan yang statik. Namun begitu, saya akui bukan kesemua pengguna mempunyai tripod untuk mengambil gambar.
Akan tetapi sesetengah peranti pintar masa kini telah pun hadir dengan mod penstabilan khusus untuk menyelesaikan masalah ini. Pada vivo V19, penstabilan ini datang dalam bentuk Ultra Stable, namun ia hanya tersedia dalam mod rakaman video sahaja.
Jika anda ingin mengambil gambar, walaupun tiada mod penstabilan khusus, anda tetap boleh mengambil gambar yang berkualiti. Caranya adalah dengan menahan nafas terutamanya ketika menggunakan Night Mode. Ini adalah kerana mod ini mengambil masa hampir 2 saat untuk melengkapkan satu imej.
Jadi, jika terdapat sedikit gegaran, sudah tentu ia akan mudah dilihat pada hasil akhir imej. Secara tidak langsung, imej akan menjadi terperinci dengan butiran yang lebih puas hati.

3. Maksimumkan Penggunaan Mod Dan Fungsi Khas Kamera
Bukan kesemua gambar boleh ditangkap hanya dengan satu cara sahaja. Disebabkan itu kebanyakan pengeluar hadir dengan berbagai jenis lensa dan mod khas fotografi. Pada vivo V19, terdapat fungsi-fungsi khas seperti mod potret, sudut lebar, filter kecantikan, dan makro.
Jadi, anda boleh bermain-main dengan mana-mana mod untuk menyesuaikan citarasa gambar tersebut. Untuk mod potret, anda boleh menambah filter kecantikan untuk muka supaya kelihatan lebih 'cantik' atau 'comel'. Mod potret ini turut terdapat pada lensa sudut lebar dan pada kedua-dua kamera hadapan dan belakang.
4. Bermain Dengan Cahaya
Ketika waktu malam, sudah tentu cahaya adalah kurang berbanding siang, disebabkan itu anda perlu lebih kreatif untuk memanipulasi cahaya yang ada. Anda juga boleh bermain dengan prinsip rule of third yang meletakkan komposisi objek pada pertemuan titik grid. Selain itu, anda juga boleh menggunakan filter pasca proses seperti monokrom yang menyerlahkan sisi dramatik gambar.
5. Carian Peranti Pintar Lengkap Untuk Pakej Fotografi Malam
Sudah tentu untuk memudahkan lagi tangkapan gambar terutamanya ketika waktu malam, lebih baik untuk anda mencari peranti pintar yang sesuai seperti vivo V19. Peranti pintar ini memfokuskan penawaran pengalaman fotografi khusus pada waktu malam baik kamera belakang ataupun hadapan.
Dari segi tetapan kamera, ia membawakan kamera hadapan dwi-lensa 32 MP utama dengan tambahan 8 MP sudut lebar. Manakala kamera belakang pula terdapat 4 lensa iaitu 48 MP utama, 8 MP sudut lebar, 2 MP makro, serta 2 MP depth.
Untuk cip pula ia dijana oleh Snapdragon 712 bersama-sama RAM 8GB dan 128GB storan dalaman. Peranti ini turut hadir dengan pengecasan pantas Flash Charge 2.0 30W untuk mengecas bateri yang berkapasiti 4,500mAh.
Bagi anda yang ingin mendapatkan peranti ini, ia dijual di Malaysia pada harga RM 1,699. Anda boleh mendapatkannya melalui laman rasmi vivo Malaysia atau di pengedar-pengedar rasmi yang sah.
*Artikel ini dibawakan oleh vivo Malaysia
Berkaitan
- [Ujian Gaming] Main PUBG Mobile Di Vivo NEX 3, Maksimum FPS, Bateri Dan Prestasi Keseluruhan
- Peranti Dengan Kamera Gimbal vivo X50 Pro Dijual Berharga RM3,199 Di Malaysia
- Reaksi Awal vivo Y76G - Kelas Pertengahan vivo Dengan 50MP Dan Pengecasan 44W
- vivo V23 5G Rasmi Berharga RM2,099, Swafoto 50MP Dengan Panel Belakang Bertukar Warna
- Pendapat Akhir vivo Y76 5G - Resepi Sama, Umpan Berbeza
- vivo V19 Berharga RM 1699 Di Malaysia - Snapdragon 712, 4500mAh Dengan 33W
- Siri vivo X50 Dengan Kamera Gimbal Akan Dilancarkan Di Malaysia 21 Julai Ini
- vivo Hadir Dengan Y70S - Peranti 5G Dijana Oleh Cip Samsung Exynos 880
- Vivo X30 Dilancarkan - Exynos 980, 5G, Dan Lensa Periskop Zoom Sehingga 60x
- vivo Jelaskan Mengapa X50 Pro+ Tidak Dilengkapi Dengan Kamera Gimbal Seperti X50 Pro