Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
visionos 26

visionOS 26 Rasmi – Hadir Dengan Spatial Widgets, ‘Scroll’ Guna Mata

Diterbitkan Jun 10, 2025 · Dikemas kini Jun 10, 2025 oleh Amsyar Latif

Apple telah mengumumkan visionOS 26, kemas kini besar untuk Apple Vision Pro yang memperkenalkan pengalaman spatial baharu, AI generatif, dan peningkatan Persona yang lebih semula jadi.

Screenshot 2025-06-10 at 2.51.07 AM
Screenshot 2025-06-10 at 2.50.19 AM

Widget kini menjadi spatial, membolehkan pengguna menyusun jam, muzik, foto, dan kalendar terus dalam ruang mereka.

Screenshot 2025-06-10 at 2.53.20 AM

Shared spatial experiences membolehkan pengguna Vision Pro dalam bilik yang sama menonton filem 3D, bermain permainan atau bekerjasama dengan sokongan FaceTime.

visionOS 26
Persona

Personas dipertingkatkan dengan rendering volumetrik dan AI untuk paparan wajah sisi, rambut, bulu mata dan tona kulit yang lebih realistik.

Screenshot 2025-06-10 at 2.51.58 AM

Spatial Scenes menjadikan foto lebih hidup dengan AI generatif yang mencipta kedalaman dan perspektif berlapis, kini boleh dinikmati di Photos, Safari dan aplikasi pihak ketiga seperti Zillow Immersive.

Safari kini menyokong browsing spatial dengan elemen 3D boleh berinteraksi. visionOS 26 juga menyokong kandungan 180°, 360° dan wide FOV daripada Insta360, GoPro dan Canon.

Screenshot 2025-06-10 at 2.55.03 AM

Selain itu, alat pengawal PlayStation VR2 Sense turut disokong, membuka potensi permainan yang lebih imersif dengan penjejakan gerakan, sentuhan jari dan getaran.

Dalam aspek perusahaan, enterprise APIs baharu membolehkan perkongsian peranti dengan data pengguna (mata, tangan, preskripsi) disimpan pada iPhone untuk digunakan pada Vision Pro lain.

visionos 26
Logitech muse

Logitech Muse, aksesori spatial baharu, membolehkan input yang lebih tepat dalam aplikasi kolaborasi. Protected Content API memastikan bahan sensitif tidak boleh disalin atau dikongsi tanpa kebenaran.

visionOS 26 juga menambah sokongan Apple Intelligence (AI), pelbagai bahasa baharu termasuk Jepun, Korea, Sepanyol dan Jerman, serta ciri Look to Scroll untuk melayari serta menatal menggunakan mata.

Pengguna kini boleh menyahkunci iPhone dari dalam Vision Pro, jawab panggilan telefon, dan atur semula aplikasi dalam folder melalui Home View.

visionOS 26

Control Center turut direka semula untuk akses lebih mudah kepada Focus, Travel Mode, dan tetapan lain.

Berkaitan

  • Jom Rebut iPad Percuma, Hanya Naik Taraf Unifi Sekarang
  • iPadOS 26 Dah Rasmi – Ini 8 Ciri Baharu Yang Jadikan iPad Mirip macOS
  • Apple Umum 'Liquid Glass' - Rekaan Baharu Seragam Merentas Semua Platform Apple

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Kapal Angkasa Apeiron, Bakal Bawa Pelancong Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
©2026 WISER.MY