Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
psn satria-1 spacex

Vietnam Bakal Lancar Satelit Bersama SpaceX

Diterbitkan Ogos 11, 2026 ยท Dikemas kini Ogos 11, 2026 oleh ariff bukhari

Satu-satunya syarikat angkasa lepas swasta di Vietnam, VinSpace, pada Selasa menyatakan bahawa ia bakal melancarkan satelit pertamanya pada tahun hadapan menggunakan program “kongsian pelancaran” (rideshare) milik SpaceX.

Syarikat tersebut yang telah ditubuhkan pada November lalu oleh konglomerat Vingroup, milik orang terkaya di Vietnam, Pham Nhat Vuong, dengan aspirasi untuk menjadi syarikat aeroangkasa terkemuka di negara berkenaan.

Photo (6)
Satelit VinSpace akan dilancarkan di atas misi perkongsian dengan Transporter pada tahun 2027 sebagai sebahagian daripada program perkongsian tunggangan SpaceX.
Di bawah perjanjian yang diumumkan pada Selasa, satelit-satelit VinSpace akan dilancarkan pada tahun 2027 sebagai sebahagian daripada program kongsian pelancaran Transporter daripada SpaceX milik Elon Musk, yang membolehkan pelbagai pelanggan berkongsi satu pelancaran roket yang sama.

Pada April lalu, Vietnam telah meluluskan lesen kepada Starlink milik SpaceX, yang merupakan ujian pertama skala besar bagi ketersambungan internet satelit di negara komunis tersebut.

Starlink menyediakan akses internet kelajuan tinggi ke kawasan pedalaman di seluruh dunia menerusi ribuan satelit orbit rendah Bumi. – AFP

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Google Akan Bayar SpaceX ~RM3.64 bilion/bulan Untuk 110,000 GPU Nvidia
  • Anak Sarawak Ketuai Pembangunan Satelit MAVERIC Yang Akan Dilancar Ke Orbit Bumi Dengan Roket SpaceX Falcon 9

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
©2026 WISER.MY