Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kafa di durioo

Video Silibus Sirah Nabi KAFA Tersedia Di Durioo+

Diterbitkan Julai 21, 2025 oleh Aminuddin Ahmad

Durioo+, aplikasi penstriman yang menumpukan kandungan selamat untuk anak-kanak kini menyiarkan video berasaskan silibus KAFA (Sirah Nabi) daripada Pesan Abi Firdaus.

https://www.instagram.com/p/DLR0k7tz7DQ/?igsh=MWdxMDA3dHJ3N3B6cA==

Pencipta kandungan yang dikenali sebagai Pesan Abi Firdaus sememangnya terkenal dengan modul dan video berbayar untuk murid Tahun 1 hingga Tahun 5, merangkumi KAFA, pengetahuan am dan lain-lain.

Jadi, jika anda pelanggan Durioo+, tidak lagi perlu membayar lebih kerana sebahagian video Pesan Abi Firdaus juga sudah ada di Durioo+.kafa di durioo

Bagaimanapun, tidak semua video berdasarkan silibus KAFA oleh beliau dimuat naik di Durioo+. Melalui semakan kami, kandungan yang disiarkan di Durioo+ hanya Sirah Nabi (Tahun 1-5), Pengetahuan Am 1 dan Pengetahuan Am 2.

Silibus lain seperti Bahasa Arab, Jawi, Akidah, Ibadah, Adab masih belum kami temui dalam aplikasi Durioo+. Apakah ia akan tersedia pada masa akan datang atau masih eksklusif di platform Abi Firdaus sendiri, kami tidak pasti.

Namun ketersediaan video-video ini ternyata menerima sambutan yang sangat positif daripada ibu bapa yang melanggan Durioo+.

Selain KAFA, Durioo+ juga menerbitkan siri animasi sendiri iaitu Sirah Nabawiyyah hasil kerjasama dengan Datuk Seri Dr. Zulkifli Al-Bakri yang menceritakan riwayat Rasulullah SAW berdasarkan sumber kukuh.

Jika anda berminat untuk dapatkan 7 hari pertama percuma Durioo+, klik pautan INI.

Berkaitan

  • Durioo+ Mula Tayang Animasi Berkisahkan Sirah Nabi Mulai 25 Oktober Ini

Sumber: Durioo+

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY