Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
(Video) Jentera Hidrogen JCB Hydromax Catat Kelajuan 653.9 Km/j, Pecah Rekod Dunia Terdahulu

(Video) Jentera Hidrogen JCB Hydromax Catat Kelajuan 653.9 Km/j, Pecah Rekod Dunia Terdahulu

Diterbitkan Ogos 12, 2026 · Dikemas kini Ogos 12, 2026 oleh ariff bukhari

Gergasi kejuruteraan dari Britain, JCB, telah melakar sejarah baharu dalam dunia permotoran apabila kenderaan berkuasa hidrogen mereka, JCB Hydromax berjaya mencatatkan rekod kelajuan darat terpantas di dunia pada kelajuan 406.320 batu sejam (mph) (kira-kira 653.9 km/j).

Rekod kelajuan yang dibuat di di Bonneville Salt Flats ini dicatatkan dalam Kategori A, Kumpulan XIV – Rekod Kelajuan Darat Permulaan FIA Kelas 7.

Ia dipandu oleh pemegang rekod kelajuan darat dunia, Andy Green OBE.

Dalam dua pusingan ujian mengikut piawaian FIA, jentera tersebut mencatatkan kelajuan purata 400.623 mph pada pusingan pertama dan 412.135 mph pada pusingan kedua.

Kenderaan Hidrogen Berkuasa 1,600Bhp Ini Akan Cuba Pecahkan Rekod Kenderaan Darat Terpantas
Kereta berkuasa hidrogen ini mencatatkan kelajuan purata 400.623 mph dalam pusingan pertamanya disebelah pagi merentasi Bonneville Salt Flats, dan 412.135 mph pada pusingan kedua, memberikan purata kelajuan 406.320 mph, sekali gus menjadikannya kereta pembakaran dalaman hidrogen.yang terpantas di dunia.

Pencapaian ini memadamkan rekod enjin pembakaran dalaman hidrogen terdahulu milik BMW H2R pada kelajuan 185.5 mph (~298.53 km/j) yang dicatatkan pada tahun 2004.

Kejayaan ini juga memecahkan rekod kelajuan diesel milik JCB Dieselmax yang dicatatkan di lokasi sama 20 tahun lalu.

Menariknya, kenderaan sepanjang 32 kaki ini dikuasakan oleh dua enjin jengkaut hidrogen pengeluaran standard JCB yang menghasilkan 1,600 kuasa kuda.

Enjin yang sama ini juga kini digunakan pada jentera pembinaan JCB di pasaran sebagai sebahagian daripada pelaburan program hidrogen bernilai £100 juta.

Pengerusi JCB, Lord Bamford, menegaskan bahawa pencapaian ini membuktikan teknologi hidrogen sifar emisi bukan sahaja berfungsi secara praktikal, malah berupaya beroperasi pada tahap prestasi tertinggi.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Selepas Terbang Hampir 20 Jam Tanpa Henti Dari Perancis, Pesawat Ini Akhirnya Selamat Mendarat Di Australia
  • Pelajar Belanda Bangunkan Ambulans Berkuasa Solar Pertama Di Dunia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY