Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
(Video) 96 Trak Dengan Berat Keseluruhan 3,360 Tan Uji Jambatan Tertinggi Di Dunia

(Video) 96 Trak Dengan Berat Keseluruhan 3,360 Tan Uji Jambatan Tertinggi Di Dunia

Diterbitkan Ogos 28, 2025 ยท Dikemas kini Ogos 28, 2025 oleh ariff bukhari

China sekali lagi mencuri perhatian dunia apabila Jambatan Ngarai Huajiang di wilayah barat daya Guizhou berjaya menyelesaikan ujian beban utama pada 25 Ogos 2025.

Dengan pencapaian ini, struktur gergasi itu disahkan selamat dan bersedia untuk dibuka secara rasmi pada September nanti.

Jambatan tertinggi di dunia

Jambatan Huajiang Canyon dibina merentasi jurang Huajiang yang terkenal dengan tebing curam dan pemandangan menakjubkan.

Ketinggiannya mengatasi semua jambatan lain di dunia, sekali gus menjadikannya jambatan tertinggi di dunia yang pernah dibina manusia setakat ini.

Jambatan Huajiang Canyon
Jambatan Ngarai Huajiang ini dibina pada ketinggia 625 meter.

Ujian beban yang dijalankan baru-baru ini merupakan langkah kritikal untuk memastikan kestabilan struktur binaan jambatan tersebut.

Untuk ujian itu, jurutera menggunakan sebanyak 96 trak berat dengan masing-masing seberat kira-kira 35 tan, bergerak secara perlahan dan berhenti di atas jambatan itu yang dirancang dengan teliti.

Untuk mengumpul semua data dari ujian itu pula, jurutera telah memasang lebih daripada 400 pengimbas di seluruh jambatan itu meliputi menara, kabel, dan penyangkut.

Sensor-sensor ini mengesan sebarang pergerakan dan perubahan terkecil dalam struktur jambatan.

Hasil ujian itu menunjukkan jambatan ini berfungsi dengan baik mengikut piawaian keselamatan antarabangsa.

Jambatan Huajiang Canyon 1
Jumlah berat keseluruhan trak yang digunakan untuk menguji kekuatan struktur jambatan itu mencapai 3,360 tan.

Jambatan ini dijangka memberi impak besar terhadap pembangunan ekonomi wilayah Guizhou di mana sebelum ini ia dikenali sebagai salah satu wilayah pedalaman yang paling kurang membangun di China kerana faktor geografinya yang bergunung-ganang, menyukarkan perhubungan darat.

Jadi, dengan adanya Jambatan Ngarai Huajiang ini, perjalanan merentasi lembah yang dahulunya mengambil masa berjam-jam akan dapat dipendekkan secara drastik.

Ini membuka peluang kepada perdagangan, pelancongan, dan pelaburan asing, sekaligus memperkukuh agenda Beijing untuk membangunkan kawasan pedalaman.

https://x.com/China24Official/status/1960346589861712304

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • MARS1000 - Cip AI Pertama Buatan Malaysia
  • Semua Kaunter JPJ Di Seluruh Negara Kini Sokong e-Dompet

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • CelcomDigi, Maxis Terima Penganugerahan Spektrum Baharu Daripada MCMC
  • 3 Jam Pintar Bawah RM700
  • JomCharge Rancang Bangunkan 1,000 Stesen Pengecas EV Di Selangor Dalam 2 Tahun
  • Tourism Malaysia Dan Alipay+ Meterai MoU, Lancar Program Subsidi Pelancongan Eksklusif Berkuasa AI
  • Tune Protect Lancar TPXtra, Platform Insurans Dan Gaya Hidup Digital Terbaru
  • PC Anda Berisiko Hilang Akses Windows Update Jika Tidak Dikemas Kini
  • Kerajaan Perinci Pendekatan Baharu Tarif Elektrik Tahun Depan - TPM Fadillah
  • MyDigital ID Rancang Guna Kriptografi Pasca Kuantum - Persediaan Hadapi Ancaman Siber Komputer Kuantum
©2026 WISER.MY