Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Versi 4GB ASUS ZenFone Max Pro M1 Mula Ditawarkan Dalam Negara

Versi 4GB ASUS ZenFone Max Pro M1 Mula Ditawarkan Dalam Negara

Diterbitkan Julai 24, 2018 · Dikemas kini Julai 24, 2018 oleh Helmi Samsuri

Peranti kelas pertengahan yang memfokuskan kepada permainan, ASUS ZenFone Max Pro M1 telah diperkenalkan di Malaysia pada 31 Mei lalu. Mempunyai 3 variasi pilihan iaitu, RAM 3GB/ 32GB, RAM 4GB/64GB dan RAM 6GB/ 64GB, namun versi RAM 4GB telah ditangguhkan sehingga ke Julai.

Berdasarkan info yang baru yang diterima, versi 4GB terbabit telah mula dipasarkan untuk peminat tempatan pada harga RM849.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan variasi ini, anda boleh berbuat demikian dengan berkunjung ke pengedar sah ASUS seluruh Malaysia atau beli secara dalam talian melalui Gedung Dalam Talian ASUS di Lazada.

Versi 4GB ASUS ZenFone Max Pro M1 Mula Ditawarkan Dalam Negara

Tidak lupa juga, hari ini akan diadakan Flash Sales bermula jam 2 petang sehingga 7 petang dimana ZenFone Max Pro M1 versi 3GB dan storan 32GB ditawarkan secara diskaun iaitu RM599 (RM699 harga asal).

Satu lagi tawaran adalah promosi RM 1 Frenzy yang mana anda boleh miliki 2 unit ZenFone 5 dan 10 unit ZenFone Max Pro pada harga serendah RM1. Baca lanjut disini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY