Lazada Dan Asus Mahu Tebus Kesilapan, Lanjutkan Tawaran RM1

Tempoh hari telah berlangsungnya promosi RM 1 Frenzy yang mana pengguna boleh membeli 2 peranti terpilih pada hanya RM 1 sahaja.

Namun promosi yang dijalankan oleh Asus Malaysia serta Lazada itu mendapat kritikan hebat daripada peminat kerana berlakunya kesilapan teknikal.


Pihak Lazada menerusi akaun Facebook mereka menyatakan promosi itu dibuka 10 minit lebih awal berbanding masa yang diletakkan pada iklan promosi.

Bagi menebus kesilapan tersebut, Asus dan Lazada akan melanjutkan lagi penawaran tersebut pada Selasa minggu hadapan iaitu 24 Julai 2018 tepat jam 3 petang dengan menawarkan 2 unit Asus ZenFone 5, serta tambahan 10 unit ZenFone Max Pro M1.

Pastikan anda mengikut pengumuman daripada  Facebook Asus serta  Gedung Rasmi Dalam Talian di Lazada.