Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
UMPSA Cipta ‘Paperbot’ Pertama Di Malaysia Dikuasakan Wap Air

UMPSA Cipta ‘Paperbot’ Pertama Di Malaysia Dikuasakan Wap Air

Diterbitkan Disember 5, 2025 · Dikemas kini Disember 8, 2025 oleh ariff bukhari

Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) mencatat sejarah apabila berjaya menghasilkan Paperbot pertama di Malaysia yang digerakkan melalui kelembapan udara.

Inovasi ini menggunakan gabungan teknik pemetaan grafit dan lipatan origami untuk membentuk filem penggerak pintar berasaskan kertas.

Ia merupakan kajian pertama di Malaysia untuk membangunkan penderia lembut mudah alih berdasarkan kertas menggunakan teknik pensel dan origami.

Apabila terdedah kepada kelembapan berterusan, Paperbot mampu bergerak sendiri dengan kelajuan maksimum 8 mm/s, bersamaan 0.13 kali panjang badannya sesaat.

Lebih menarik, ia boleh diprogramkan untuk mengikuti empat corak pergerakan berbeza bergantung kepada reka bentuknya.

Penyelidik UMPSA berjaya hasilkan ‘Paperbot’ pertama di Malaysia menerusi kelembapan udara bagi menggerakkan robot masa hadapan_0
Penyelidik UMPSA berjaya hasilkan ‘Paperbot’ pertama di Malaysia menerusi kelembapan udara bagi menggerakkan robot masa hadapan.

Menurut penyelidik utamanya, Dr. Zulhelmi Ismail, teknologi ini membuka peluang besar dalam bidang robotik lembut yang memerlukan pergerakan fleksibel dan autonomi dalam persekitaran kompleks.

“Keupayaan ini membuka potensi yang besar dalam bidang robotik lembut, terutamanya untuk aplikasi yang memerlukan pergerakan fleksibel dan autonomi dalam persekitaran yang kompleks,” katanya ketika menerangkan kelajuan dan keupayaan unik ‘Paperbot’ ini.

Tambah beliau, penggunaan kelembapan sebagai sumber tenaga amat signifikan kerana wap air sentiasa wujud di sekeliling kita.

Kajian ini turut diterbitkan dalam jurnal antarabangsa Sensors and Actuators B: Chemical pada Julai 2025, menjadikan ia rujukan penting di peringkat global.

Pasukan UMPSA sedang membangunkan versi lebih kecil untuk tujuan penghantaran ubat serta pengangkutan nanomaterial dalam ruang sempit.

Mereka juga merancang menggunakan grafena sebagai bahan utama generasi seterusnya, dengan teknologi sedang diproses untuk dipatenkan.

Penyelidikan ini mendapat sokongan universiti melalui geran utama UMPSA First in the World  sebagai usaha mengukuhkan kedudukan universiti sebagai peneraju dalam teknologi maju di Malaysia.

 

Berkaitan

  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar
  • UTM Kekal Universiti No.1 Malaysia Dalam 'Interdisciplinary Science'
  • Isu TnG Buka Mata Keperluan Platform Alternatif Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY