Qualcomm telah memperkenalkan Snapdragon 8 Elite Gen 5, cip andalan terbaru yang dijanjikan sebagai cip mudah alih terpantas di dunia. Dikuasakan oleh CPU Qualcomm Oryon generasi ketiga dengan kelajuan sehingga 4.6GHz, ia menawarkan peningkatan prestasi CPU sebanyak 20% dan kecekapan kuasa 35% berbanding generasi sebelumnya. Cip ini turut hadir dengan GPU Qualcomm Adreno baharu yang…
Kategori: Utama
Starlink Mini Kini Tersedia Di Malaysia, Harga RM930
Starlink Mini yang diperkenalkan tahun lalu kini rasmi ditawarkan untuk pengguna di Malaysia. Secara ringkas, Starlink Mini merupakan kit kompak mudah alih yang direka dengan penghala (router) terbina. Bermakna, secara asasnya penghala berasingan tidak diperlukan. Dijual pada harga RM930 untuk perkakasan, ia hadir dengan sokongan Wi-Fi 5, penarafan IP67, purata penggunaan kuasa sekitar 25-40W, kelajuan muat…
Unifi TV 2.0 Untuk Semua – Serendah RM8/bulan, Ini Pelan Yang Ditawarkan
Telekom Malaysia (TM) memperkenalkan Unifi TV 2.0, versi baharu perkhidmatan penstriman dan televisyen yang kini boleh dilanggan oleh semua pengguna, termasuk bukan pelanggan Unifi. Bersama kemas kini antara muka dan fungsi carian universal merentas aplikasi, Unifi TV 2.0 turut hadir dengan pelan langganan yang lebih fleksibel dan harga mampu milik. Terdapat tiga pelan utama yang…
Jurutera Bunyi Dah Buat Kerja, Sepatutnya Tak Perlu Ubah EQ
Ramai orang yang gemar mendengar muzik atau menonton filem sering bermain dengan tetapan equalizer audio (EQ) pada peranti mereka. Ada yang menaikkan bass setinggi mungkin, ada yang mengurangkan treble, dan ada juga yang cuba pelbagai preset seperti “Rock”, “Jazz”, atau “Pop” dengan harapan bunyi kedengaran lebih “wow”. Tetapi hakikatnya, equalizer atau istilah sasarnya dipanggil sebagai…
MARS1000 – Cip AI Pertama Buatan Malaysia
Malaysia baru-baru ini telah melancarkan MARS1000, cip pemproses AI pertama negara yang dibangunkan oleh syarikat tempatan SkyeChip. Ia merupakan pemproses edge AI, teknologi yang membolehkan peranti seperti kereta pintar, robot dan perkakasan IoT memproses data terus pada peranti tanpa bergantung sepenuhnya pada pusat data. Pelancaran ini diumumkan sempena acara Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA) yang menandakan…
Malaysia Lancar Bank Pertama Di Dunia Dikuasakan AI
Malaysia mencatat sejarah dengan pelancaran Ryt Bank, bank pertama di dunia sepenuhnya dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI). Dibangunkan oleh YTL Group dengan kerjasama Sea Limited, Ryt Bank dicipta khas untuk rakyat Malaysia, menggunakan bahasa, budaya dan gaya hidup tempatan sebagai asas pengalaman perbankannya. “Dengan Ryt Bank, kita membuktikan Malaysia mampu melahirkan inovasi bertaraf dunia yang…
