Seperti diketahui, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah melaksanakan jadual elektrik baharu berkuat kuasa 1 Julai 2025. Sebagai sebahagian daripada Penstrukturan Semula Tarif Elektrik, TNB telah memperkenalkan skim Time of Use (ToU) kepada pengguna Voltan Rendah Domestik dan Bukan Domestik. Buat pengetahuan, Skim ToU merupakan satu pilihan kepada pengguna yang menawarkan kadar tarif berbeza antara waktu…
Kategori: Utama
RMK13: MyDigital ID Sebagai Kunci Pengesahan Identiti Digital Tunggal
MyDigital ID akan diperkenalkan sebagai kunci pengesahan identiti digital tunggal yang selamat dan sahih, bagi memudahkan akses kepada pelbagai kemudahan awam dalam talian. Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) berkata langkah itu merupakan sebahagian daripada usaha pendigitalan perkhidmatan awam melalui GovTech. Susulan pengumuman itu, MyDigital ID menyambut baik saranan…
ARM Latih 10 Ribu Jurutera Tempatan, Sasar Cip Rekaan Malaysia
Susulan hasrat Arm Holdings menjadikan Malaysia sebagai pusat operasinya di rantau ini, firma reka cip dari UK itu melancarkan program latihan Arm On-Demand bersama Advanced Semiconductor Academy Malaysia (ASEM). Program ini menyasarkan melatih 10,000 jurutera tempatan dalam bidang semikonduktor dalam masa 10 tahun, dengan tumpuan kepada reka bentuk litar bersepadu (IC) bahagian hadapan. Sesi pertama…
RUU Kredit Pengguna 2025, Ini Yang Perlu Difahami
Dewan Rakyat dengan sebulat suara telah meluluskan Rang Undang-Undang Kredit Pengguna (RUUKP) 2025 pada 21 Julai 2025. Ia merupakan langkah signifikan untuk melindungi pengguna kredit, termasuk daripada pemberi pinjaman wang segera atau skim Beli Sekarang, Bayar Kemudian (BNPL). Itu secara asasnya. Tapi, apa sebenarnya RUUKP ini dan kenapa ia penting? Apa itu RUUKP 2025? RUUKP…
RUUKP 2025 Diluluskan, BNPL Kini Akan Dikawal Selia
Perkhidmatan Beli Sekarang, Bayar Kemudian (BNPL) semakin menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk membuat pembelian kecil dengan mudah. Dengan kelulusan serta-merta dan tanpa semakan kredit yang ketat, ramai pengguna terdedah kepada risiko terperangkap dalam hutang tanpa sedar. Malah, data menunjukkan cecah RM3.8 bilion direkodkan setakat 30 Jun 2025. Namun, perkhidmatan ini masih belum dikawal selia secara…
APAD Sasar Wajibkan ‘Dashcam’ Dalam Bas Mulai Suku Pertama 2026
Pihak Berkuasa Pengangkutan Awam Darat (APAD) dalam proses mengemas kini garis panduan keselamatan, dengan sasaran untuk mewajibkan pemasangan kamera papan pemuka (dashcam) dalam bas bermula suku pertama 2026. Perkara ini dinyatakan dalam Laporan Awal Pasukan Petugas Khas Kemalangan Bas Persiaran di Gerik yang diterbitkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) baru-baru ini. APAD sedang dalam proses…
