Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Photo 1 – CelcomDigi Unveils Spark – a Malaysia’s first eSIM-Only, App-Powered Mobile Experience

CelcomDigi Lancar Spark – eSIM Sahaja, Ini Yang Ditawarkan

Diterbitkan Oktober 28, 2025 · Dikemas kini Oktober 28, 2025 oleh Amalina Athman

CelcomDigi hari ini melancarkan Spark by CelcomDigi (Spark), yang turut dilihat sebagai penjenamaan semula daripada Yoodo, dengan penawaran berasaskan eSIM sepenuhnya.

Dengan kawalan penuh melalui aplikasi, pengguna boleh mengurus talian mudah alih dengan lebih fleksibel termasuk pendaftaran, pengaktifan serta-merta, menukar pelan pada bila-bila masa dan membatalkan langganan tanpa sebarang kontrak.

Pelan langganan

Terdapat tiga pelan langganan yang ditawarkan. Untuk pelan Mini, ia hadir pada harga RM15 sebulan dengan internet 3GB (4G) serta sokongan hotspot.

Sementara itu, pelan Standard berharga RM25 sebulan menawarkan internet 40GB (4G/5G), hotspot dan 100 minit panggilan. Bagi pelan Plus pula, ia berharga RM65/bulan dan menyediakan internet 200GB (4G/5G) dengan hotspot serta 100 minit panggilan.

Yoodo Spark CelcomDigi_1

Bagi pengguna yang memerlukan lebih kuota, Spark menyediakan booster tambahan untuk data, panggilan atau SMS, dengan harga bermula RM1 untuk 1GB data berkelajuan tinggi. Booster tidak diperbaharui secara automatik, boleh dibeli berulang kali dan mengikut tempoh sah pelan semasa.

Yoodo Spark CelcomDigi_3

Turut disediakan pilihan perayauan (roaming) bermula RM4 serta keupayaan untuk menangguhkan atau menyambung semula perkhidmatan pada bila-bila masa. Sokongan live chat juga tersedia dalam aplikasi bagi memudahkan pengguna mendapatkan bantuan.

Yoodo Spark CelcomDigi_4

Menurut CelcomDigi, setiap akaun Spark boleh mempunyai sehingga 5 talian eSIM aktif. Namun, sekiranya pengguna turut mempunyai SIM fizikal CelcomDigi, ia akan dikira sebagai salah satu daripada kuota tersebut.

Cara aktifkan Spark

Sebelum mendaftar, pengguna disarankan menyemak keserasian peranti terhadap sokongan eSIM. Senarai penuh sokongan peranti boleh dirujuk melalui pautan INI.

Sempena pelancaran, pengguna yang mengaktifkan Spark dari sekarang hingga 31 Disember 2025 akan menikmati diskaun RM5 setiap bulan selama 12 bulan. Hanya masukkan kod promosi SPARK5 semasa pendaftaran untuk menebus tawaran ini.

Langkah daftar Spark

  1. Muat turun aplikasi Spark dari Google Play Store atau Apple App Store.
  2. Pilih nombor mudah alih pilihan dan pilih antara pelan Mini, Standard, atau Plus.
  3. Talian eSIM diaktifkan secara serta-merta.

Yoodo Spark CelcomDigi_5

Maklumat lanjut boleh didapati melalui laman rasmi Spark.

Berkaitan

  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • CelcomDigi Perkenal Langganan E-Invoice Soundbox, Hanya RM88/bulan
  • Aplikasi CelcomDigi Kini Rasmi, Tampil Lebih Kemas Dan Banyak Ciri Ditawarkan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY