Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ura-Ura StarCraft Dilapor Akan Kembali, Tapi Bukan Macam Dulu

Ura-Ura StarCraft Dilapor Akan Kembali, Tapi Bukan Macam Dulu

Diterbitkan Januari 12, 2026 ยท Dikemas kini Januari 12, 2026 oleh ariff bukhari

Francais legenda StarCraft dilaporkan bakal kembali tapi bukan lagi sebagai permainan strategi masa nyata, sebaliknya sebagai permainan penembak orang ketiga (third-person shooter).

Khabar ini muncul daripada pendedahan Jez Corden, yang menyatakan ia mungkin diumumkan di BlizzCon 2026 nanti.

Perkembangan ini dilihat sebagai usaha Microsoft dan Blizzard untuk menghidupkan semula siri yang sudah lama tidak aktif sejak StarCraft II: Legacy of the Void (2016) dan remaster (2017).

Ramai peminat mengaitkan projek ini dengan warisan StarCraft: Ghost yang pernah dibatalkan.

Komuniti permainan terutamanya mereka yang pernah memainkan permainan ini menyambut baik berita ini.

Jika benar, ia bakal membuka lembaran baharu bagi StarCraft, bukan sahaja mengembalikan nostalgia tetapi juga menarik generasi pemain baharu.

Berkaitan

  • 'Avatar Legends: The Fighting Game' Bakal Dilancar 2026
  • 5 Benda Yang Buat OriginOS 6 Rasa Lebih Kemas dan Lancar
  • Kod QR Kini Digunakan Untuk Sembunyikan Pautan Jahat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY