Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
cronus zen

Kemas Kini Terbaru PlayStation 5 Sekat Peranti ‘Cheat’ Untuk Permainan FPS

Diterbitkan Januari 26, 2024 oleh Muhd Idham

Syarikat Sony Interactive Entertainment baru-baru ini telah mengemaskini sistem perisian bagi konsol PlayStation 5 mereka yang membuatkan dua pihak yang berlainan iaitu pemain konsol dan pemain MNK (Mouse and Keyboard) memiliki dua emosi yang berbeza sesama sendiri.

Hal ini kerana kemas kini itu berkait dengan penyahgunaan alat perkakas, Cronus Zen yang merupakan peranti sokongan bagi pengubahsuaian sistem pengawal para pemain permainan jenis FPS untuk prestasi permainan yang lebih baik.

Screenshot 2024-01-26 100446
Cronus Zen
Screenshot 2024-01-26 100512

Antara sokongan yang ditawarkan oleh peranti ini adalah seperti aim-assists dan anti-recoil.

Peranti ini juga boleh digunakan oleh PS3, PS4, Nintendo Switch dan Windows PC.

Namun begitu, ia telah disekat penggunaannya pada PlayStation 5 dalam kemas kininya yang terkini, iaitu versi 24.01-08.60.00 pada 24 Januari 2024 yang lepas.

Screenshot 2024-01-26 095502

Dalam kenyataan yang dikongsikan oleh pihak Cronus dalam laman web rasmi mereka, pembaharuan ini adalah satu perkara yang tidak kekal dan ia akan boleh digunakan semula pada kemaskini Cronus Zen versi 2.2.2.

Untuk maklumat lanjut mengenai isu ini, anda boleh layari laman web rasmi Cronus dan PlayStation.

Berkaitan

  • Touch ‘n Go e-Wallet Jadi Jenama Pilihan Rakyat Malaysia Tahun 2023
  • Buat Pertama Kalinya, iPhone Kuasai Pasaran Telefon Pintar Di China
  • Pengguna CelcomDigi Alami Isu Rangkaian Kerana Penggabungan - Menteri
  • Pencuri Larikan Kabel TM Sepanjang 44.2 Meter Sejauh 100km

Sumber: Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY